SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Khamis, 19 Januari 2012

SALAH GUNA MASJID

Surah At-Taubah Ayat 107:

Bermaksud:

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mu'min), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mu'min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah; "Kami tidak menghendaki selain kebaikan", Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta(dalam sumpahnya).

Jelas dan nyata bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan orang-orang munafik. Ini sudah pun berlaku di zaman Rasulullah lagi dan di zaman kita sekarang lebih teruk lagi.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS - kata-kata mencarut, menghina, mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela juga dilakukan di masjid.

Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Lebih buruk lagi, perbuatan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik boleh mengakibatkan orang-orang tertentu tidak dapat datang untuk beribadat di masjid dan perbuatan ini, adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid-masjid seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 114:

Bermaksud:

Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halang menyebut nama Allah dalam masjid-masjidnya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.


Rumah Allah bukan kegunaan sesiapa tetapi ia adalah tempat beribadat dan tempat menimba ilmu dan bukan tempat mempopularkan diri atau tempat memancing undi. Mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid kecuali dengan rasa takut kepada Allah SWT.

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Sesungguhnya seorang lelaki pernah berseru-seru di dalam masjid katanya "Siapa yang memanggil unta yang merah sehingga ia hilang." Nabi SAW bersabda: "Semuga kamu tidak menemukannya. Sesungguhnya masjid-masjid ini dibangunkan dengan fungsi sebagaimana semula ia dibangunkan." (Riwayat Muslim - Al Azkar m/s 63)


Ternyata daripada hadith di atas Rasullullah SAW melarang orang berseru-seru di dalam masjid kerana mencari unta yang hilang. Bayangkanlah apakah reaksi Baginda Rasullullah SAW, sekiranya terdapat orang yang berseru-seruan di dalam masjid kerana ingin berkempen untuk memancing undi. Sudah tentu perbuatan itu tidak diizinkan kerana masjid bukanlah tempatnya. Tambahan pula, dalam kempen politik, sudah pasti wujud kata-kata yang mengutuk dan merendah-rendahkan pihak lawan. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT lebih-lebih lagi jika dilakukan di dalam masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan