SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 14 Mac 2012

PEMIMPIN YANG MEMIMPIN BUKAN DIPIMPIN


Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.

Antara yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri walaupun berbagai rintangan dan fitnah pembangkang bertujuan mengagalkannya namum beliau tetap tabah demi kebaikan untuk rakyat terbanyak yang dipimpinnya termasuklah anak cucu pembangkang tersebut. Niatnya Ikhlas langkahnya tidak pernah sumbang:
  1. Sistem punch card
  2. Dasar Pandang ke Timur untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir.
  3. Program Pengswastaan; satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.
  4. Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
  5. Wawasan 2020; Beliau menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan ‘Sembilan Cabaran Utama’ merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material. Beliau secara realistik menjelaskan, “saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai”.
  6. Dasar Kependudukan 70 juta; ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya. 
  7. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam; Tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam
  8. Menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional
  9. Dasar Perindustrian Negara yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Lahirkan kereta nasional Proton Saga.
  10. Projek litar Formula 1 yang  menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia
  11. Mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas; terbinanya Planetarium Negara 
  12. Satelitnya Malaysia sendiri; pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996. 
  13. Projek lebuhraya menghubungkan utara – selatan dan timur – barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia
  14. Putrajaya; sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan ‘kerajaan elektronik’.  
  15. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular
  16. Kuala Lumpur City Centre (KLCC) 
  17. Empangan Bakun
  18. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menukar kawasan ladang di Sepang ke lapangan terbang yang tercanggih di rantau ini.
  19. Koridor Raya Multimedia (MSC)‘ yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia; Cyberjaya dibina.  
  20. Dasar Liberalisasi Pendidikan; Sekolah Bestari.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan