SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 14 Mac 2012

UNTUK MENANG KITA MESTI BERKEINGINAN UNTUK MENANG

Amerika Syarikat, yang menyebelahi Vietnam Selatan, lebih handal daripada musuhnya Vietnam Utara hampir dari setiap segi. Mereka memiliki sumber yang lebih hebat seperti senjata api, tentera, teknologi dan peralatan. Dari segi teori, Amerika mampu menghentam Hanoi habis-habisan dan memenangi peperangan Vietnam dalam beberapa bulan sahaja.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara tersebut tidak berlaku. Walaupun memiliki sumber yang serba kekurangan, tentera Vietnam Utara mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki oleh tentera Amerika, iaitu keinginan untuk menang. Di bawah kepimpinan Vo Nguyen Diap, Panglima Besar  mereka yang terulung, tentera Vietnam Utara dalam keadaan serba kekurangan terus-menerus menentang musuhnya. Strategi mereka mudah sahaja untuk melemahkan pendirian musuh.


Walaupun strategi itu nampak mudah, hakikatnya jauh berbeza. Mereka berkali-kali tewas dan banyak nyawa yang terkorban menentang tentera Amerika yang jauh lebih handal. Setelah perang tamat dan keadaan kembali reda, dua juta rakyat Vietnam telah terkorban sementara tiga juta lagi tercedera sepanjang peperangan itu.

Meskipun berkali-kali menang besar, tentera Amerika tidak banyak mencatat kemajuan. Strategi perang gerila tentera Vietcong tidak mudah diterobos. Seperti kata perpatah, Amerika menang sorak tetapi kalah sabung.

Empat belas tahun kemudian dan setelah beratus-ratus bilion dolar dibelanjakan termasuk 60 ribu askar mereka terkorban, akhirnya Amereka sedar bahawa kemenangan bukan milik mereka. Kesudahanya, ia memutuskan untuk berundur. Menjelang Mac 1973, semua tentera tempur Amerika telah dikeluarkan dari Vietnam Selatan. Tanpa sokongan tentera dari Amerika, tentera Vietnam Selatan ditewaskan dengan mudah. Satu persatu bandar yang mereka kuasai jatuh ke tangan musuh. Akhirnya pada 30 April 1975, mereka menyerah tanpa syarat apabila tentera Vietnam Utara mara ke Saigon, ibu kota negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan