SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Selasa, 8 November 2011

CABARAN SEMASA DAN YANG MENDATANG



UMNO sebagai parti siasah bangsa Melayu, yang bertanggungjawab perlu peka dan sensitif terhadap cabaran semasa dan cabaran yang bakal dihadapi di alaf yang akan datang. Dari kesedaran inilah UMNO merancang untuk membentuk satu masyarakat Melayu yang beriman, berilmu dan maju bagi mengujudkan satu bangsa yang kuat dan mampu berdaya saing dengan bangsa-bangsa lainnya.

Cabaran yang dimaksudkan adalah cabaran yang telah dikenal pasti dan cabaran yang belum boleh dikenal pasti buat masa kini, namun bangsa Melayu harus bersedia. Antara cabaran-cabaran yang telah dikenal pasti termasuklah:

1. Penjajahan alaf baru iaitu penjajahan melalui bidang ekonomi. Dimana syarikat-syarikat gergasi dari luar negara akan membeli, mengambil alih dan memiliki semua sumber kekayaan dalam negara. Sebagai akibat, rakyat tempatan tidak akan memiliki apa-apa dan bakal menjadi pekerja atau kuli sahaja. Segala keuntungan dan kekayaan akan dibolot dan dinikmati oleh orang asing. Proses penjajahan ini telah bermula dan dapat dilihat melalui tindak-tinduk seperti berikut:

~ Negara-negara barat dengan bantuan penyangak-penyangak matawang telah menyebabkan berlakunya kegawatan ekonomi di negara-negara Asia, yang mana telah menjatuhkan nilai syarikat, harta dan aset.

~ Syarikat-syarikat gergasi negara barat di akhir-akhir ini banyak membuat penggabungan(merger), membentuk syarikat yang lebih besar yang mampu mengambilalih syarikat, harta dan aset di negara luar.

~ Dengan adanya globalisasi iaitu dunia perdagangan tanpa sempadan membolehkan syarikat gergasi barat ini bertindak dengan bebas dan negara-negara yang kecil tidak berupaya mempertahankan diri mereka.

~ Lebih teruk lagi adalah negara-negara yang mendapat pinjaman dan bantuan dari IMF, yang telah diikat dengan perjanjian tertentu.

Oleh itu bangsa Melayu harus bersatu dan berusaha menentang penjajahan alaf baru ini agar umat Melayu tidak menjadi kuli atau hamba dinegara sendiri.

Menyusul penjajahan di bidang ekonomi ialah penjajahan dari segi budaya dan minda. Sekiranya bangsa Melayu mundur dengan sendirinya anak bangsa akan malu untuk mengamalkan budaya dan kadang-kadang malu untuk mengaku bangsanya sendiri. Ini akan disusuli dengan pemikiran dimana bangsa penjajah akan dipandang mulia, lebih benar dan lebih sempurna. Sebaliknya menganggap rendah akan diri dan bangsa sendiri.

Lebih menyedihkan ialah bila megara-negara kecil cuba berbuat sesuatu, bakal-bakal penjajah ini akan membuat kekacauan serta keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku di negara-negara timur tengah sekarang. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu di negara kita sahaja dimana penyokong Refomasi yang membuat kekacauan disifatkan sebagai manusia berani oleh Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Bangsa Melayu harus sedar, segala petanda sudah nampak jelas bahawa negara-negara barat ini ingin melakukan penjajahan alaf baru. Oleh itu kita harus mengambil itibar, bahawa penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Palestin, Bosnia, Albania, Kashmir dan Chechnya boleh juga berlaku di negara kita pada bila-bila masa sahaja sekiranya kita tidak bersatu padu.

Apa yang telah dihuraikan di atas ialah sebahagian kecil cabaran daripada banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh bangsa Melayu. Rasanya amat berfaedah sekali sekiranya kita dapat merenung dan mengambil itibar dari firman Allah dalam surah An Nisaa' ayat 71 dan surah Ar Ra'd ayat 11.

Surah An Nisaa', ayat 71:

Bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu dan majulah(ke medan pertempuran) berkolompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!

Surah Ar Ra'd, ayat 11:

Bermaksud:

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah(1). Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan(2) yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menoloknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka salian dari Dia.

Nota:
(1) Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannuya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu , disebut malaikat Hafazhah.

(2) Tuhan tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merubah sebab-sebab kemunduran mereka.

Ingatlah bahawa Allah SWT memerintahkan kita supaya sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia dan maju bersama-sama dalam satu jemaah atau dalam keadaan yang bersatu padu. Dan ingatlah Allah SWT tidak akan mengubah nasib dan keadaan kita sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.

Matlamat UMNO, bagi mengujudkan satu bangsa Melayu yang beriman, berilmu dan maju adalah menurut perintah Allah SWT dalam ayat-ayat di atas. Pihak UMNO memang sedar akan cabaran dan bahaya yang bakal dihadapi. Oleh itu pihak UMNO telah berusaha secara bersungguh-sungguh namun apa yang menyedihkan ialah PAS bukan sahaja tidak mahu membantu, tetapi mereka ini membuat bermacam-macam tuduhan disamping mereka menghasut orang ramai supaya membenci UMNO dan pemimpin UMNO sehingga ibadah pemimpin UMNO pun dipertikaikan kononnya merekalah yang lebih sempurna.

Bayangkanlah apa yang bakal terjadi kepada orang Melayu sekiranya UMNO gagal? Sedarlah! Saudara-saudaraku, kita tidak boleh bergantung kepada PAS kerana PAS bergantung kepada DAP dan sudah terbukti yang mereka ini semuanya gila kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan