SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 21 September 2011

KEPADA GOLONGAN YANG BERKECUALI




Umat Islam adalah umat yang bertanggungjawab dalam semua hal di dunia ini justeru dari sifatnya sebagai khalifah di muka bumi. Sebab itu umat Islam sentiasa berada di dalam keadaan pro-aktif iaitu kalau yang baik ia wajib sokong dan bantu dan yang buruk ia mesti halang dan tegah. Pendeknya tiada konsep berkecuali dalam Islam untuk tidak berbuat sesuatu sekiranya timbul isu dalam masyarakat. Apabila ada perkara kemasyarakatan seperti politik dan pilihanraya, umat Islam perlu mengambil bahagian dan menetapkan pendirian menurut panduan Al-Quran dan sunnah.

Hadith Rasullullah SAW:
Bermaksud:
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasullullah SAW bersabda: “Siapa melihat Amir(pembesar negeri) melakukan suatu tindakan tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana siapa memisahkan diri dari jemaah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah.” (Sahih Muslim 1816)
Seterusnya Rasullullah SAW berpesan:
Bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasullullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jemaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan siapa keluar dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya orang itu juga bukan umat ku.” (Sahih Muslim 1815)
Wahai saudaraku, sebagai orang Islam kita ada tanggungjawab, kita tidak boleh berpeluk-tubuh, kita tidak boleh berkecuali meninggalkan jemaah Islam. Jika kita memisahkan diri dari jemaah, maka mati kita nanti adalah sebagai mati jahilliyah.
Ketahuilah bahawa perjuangan UMNO ialah memperjuangkan kesatuan dan perpaduan orang Melayu dan orang Islam di negara ini. Selagi Melayu Bersatu selagi itulah Islam Padu di Negara ini. Jangan sia-siakan peluang untuk berjihad.
Maka perhatikanlah ayat Surah An-Nisaa’ ayat 95:
Bermaksud:
"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunya uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk* satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjadikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk denga pahala yang besar."
Hadith Rasullullah SAW:
Bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mati tanpa pernah berperang, bahkan jiwanya tidak pernah tergerak hendak turut berperang, maka matinya sama dengan mati munafik.” (Sahih Muslim 1864).