SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 23 November 2011

DALIL-DALIL YANG TELAH JELAS KINI, MENGAPA PAS MESTI DITOLAK


Orang yang berkali-kali kena tipu adalah orang yang pelupa atau hilang ingatan. Orang yang berkali-kali kena tipu juga akan menyalahkan orang lain setiap kali dia ditipu, sedangkan dialah yang merelakan dirinya ditipu. Dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah lalu bermacam-macam gelagat parti PAS dapat kita dengar dan lihat. Di antara gula-gula PAS yang cukup digemari pengikutnya ialah salah satu hukum Islam yang belum kerajaan sedia ada jalankan iaitu Hukum Hudud. Bila hampir saja pilihanraya, Tuan Guru Nik Aziz mulalah menabur kembali gula-gula Hukum Hudud, sedangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993, (klik disini), mereka sendiri tidak mampu melaksanakannya. Selepas saja pilihanraya senyaplah kembali. Berdasarkan dari gelagat mereka , dapatlah kita kumpulkan beberapa dalil atau sebab mengapa parti PAS mesti kita ditolak. Sebelum itu marilah kita merenung hadith Nabi SAW seperti berikut ini sebagai panduan buat kita bersama:

Hadith Rasullullah SAW:

Yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah SAW bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing(berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala(mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, " Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim(cendikiawan) pun akan menjadi bingung(dengan sebab fitnah itu)".
H.R Tirmizi.


Golongan yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia (mereka berpura-pura benci kepada dunia dan menunjuk-nunjuk mencintai akhirat). Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutar-belitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat hebat sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Ketahuilah bahawasanya apa yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadith di atas telah berlaku:

~ Bukankah Dato' Nik Aziz dan orang-orang PAS pernah mengaku bahawa Dato' Nik Aziz seorang yang zuhud, tidak mahu menggunakan rumah kediaman Menteri Besar, tidak mahu menggunakan kereta kerajaan dan sebagainya?

~ Bukankah Dato' Nik Aziz sebagai ulama parti PAS. mengeluarkan fatwa yang belum pernah dikeluarkan oleh imam besar yang terdahulu seperti Imam Al-Ghazali, Imam An Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Muslim? Persoalannya pernahkah imam-imam ini menghalalkan perbuatan mencarut, menghina dan mengeluarkan kata-kata keji?

Salahkah imam-imam ini kerana tidak mendahului Dato' Nik Aziz mengeluarkan fatwa seperti itu?

~ Bukankah kita mendapati orang alim seperti Dato' Dr. Harun Din dan Dato' Ismail Kamus yang dahulu berceramah dan berjihad di jalan Allah, yang menyeru kepada amal maaruf dan mencegah kemungkaran sekarang bertukar menjadi ahli politik? Saksikanlah sendiri, orang-orang alim ini telah bertukar wajah, tidak lagi mencegah kemungkaran sebaliknya berkempen/berceramah untuk ahli politik. Bukankah mereka terikut sama melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar?

Tidakkah kita ingat dan saksikan dalam siaran TV3, rancangan Buletin Utama suatu ketika dulu, di mana Dato' Dr. Harun Din memutar belitkan kenyataan beliau. Mula-mula beliau berucap berapi-api, katanya hendak bertanding. Selepas itu beliau menafikan dan memberitahu bahawa beliau cumalah calon nombor dua.

Sayang seribu kali sayang, Dato' Dr. Harun Din bukan lagi seorang ulama, tetapi sudah jadi ahli politik. Sebenarnya seorang ulama perlu beramal dengan ilmunya. Mereka kena menjaga lidah mereka, kerana sesuatu perkataan yang terkeluar dari mulutnya adalah fatwa yang perlu orang awam turuti. Itulah sebabnya ulama ini berbeza dari orang biasa dan itulah sebabnya ulama perlu menghafal 30 juzuk Al Quran dan ribuan hadith agar mereka berkata dengan sesuatu yang benar atau hak sahaja. Sebab itulah Allah perintahkan kita supaya taat kepada ulama iaitu ulama yang betul bukan ulama-ulama PAS.

Dalil Pertama- Klik sini CARA PAS BUKAN CARA ISLAM

Dalil Kedua- Kilik sini MENGHINA ORANG ISLAM

Dalil Ketiga- Klik sini DILARANG ADA DUA KETUA(KHALIFAH)

Dalil Keempat- Klik sini SALAH GUNA MASJID

Dalil Kelima - Klik sini PAS TERLALU RAMAI ULAMA



Dalil Keenam - Klik sini MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM


Dalil Ketujuh - SIAPAKAH YANG MEMECAH-BELAHKAN


Dalil Kelapan - MENYEMBUNYIKAN AYAT ALLAH

Kita dapati ramai dikalangan pemimpin parti PAS mengakui diri mereka sebagai ustaz atau ulama termasuklah ustaz yang diimport dari DAP tetapi mereka sengaja menyembunyikan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik mereka. Sebagai contoh mereka sering melaungkan ayat 144 dari Surah An Nisaa

Bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mukmin, inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah(untuk menyiksa)?

Dan sebahagian daripada ayat 28 Surah Ali Imran:

Bermaksud:

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa yang berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah.

Dengan tujuan, agar pengundi akan mengundi calun dari parti PAS bila calun dari parti lawan terdiri dari bukan Islam. Mereka sengaja menyembunyikan sambungan ayat 28 surah Ali Imran :

Bermaksud:

Kecuali kerana(siasah) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).

Parti PAS juga tidak pernah memberi tahu pengundi-pengundi teantang ayat 72 Surah Al-Anfaal kecualilah ketika mereka hendak membuat pakatan dengan DAP.

Bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan(kepada orang-orang Muhajirin). Mereka itu satu sama lain saling melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) Jika mereka meminta pertolongan kepada mu dalam (urusan pembelaan) Agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Sebagai catatan, ayat dari Surah Al Anfaat dan sambungan ayat surah An Nisaa memberi kelonggaran untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin sekiranya ada siasah atau muslihat. Dalam konteks di Malaysia, sebagai contoh, dibolekan memilih calun Wakil Rakyat dari bukan Islam asalkan Perdana Menterinya adalah orang Islam.

Apa yang jelas selama ini mereka:

~Mengkafirkan sesetengah pengundi Islam, yang mengundi calon bukan Islam.
~Mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Meskipun mereka sebagai ahli agama, tahu kewujudan ayat tersebut namun kerana kerakusan mereka dalam politik, mereka sanggup menyembunyikan ayat Allah SWT. Dan perbuatan ini adalah amat terlarang seperti yang tercatit dalam surah Al-Baqarah ayat 159:

Bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan(yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.

Dalil Kesembilan - CARA REVOLUSI IRAN

Dari segi cara, ternyata PAS menggunakan taktik yang amat merbahaya. Setelah berjaya menawan Kelantan beberapa tahun yang lau, ada penyokong PAS mendabik dada, memberitahu bahawa dalam masa beberapa tahun lagi PAS akan berjaya menawan seluruh Malaysia. Penyokong PAS itu memberitahu bahawa PAS di bawah pimpinan Nik Aziz meniru cara Revolusi Islam Iran. Untuk makluman sekelian, keyakinan saya bertambah kerana:

~Salah seorang anak Dato' Nik Aziz menuntut di Qom, Iran.
~Ramai di kalangan orang PAS tidak berani menyalahkan pegangan Syiah.
~Saya difahamkan bahawa dalam pilihanraya sepuluh tahun lalu parti PAS mendapat bantuan biaya dari Iran.
~Semasa bertemu seorang rakyat Iran di Mekkah, beliau banyak memuji PAS dan Nik Aziz.

Saya juga difahamkan oleh penyokong PAS ini bahawa dalam Revolusi Islam Iran, Ayatollah Khomeini telah menanam perasaan benci terhadap Shah Iran dan regimnya di kalangan kanak-kanak sekolah disamping mengajar mereka dengan kalimah tertentu dar ayat Al Quran.

Maka 20 tahun kemudian, bila kanak-kanak ini telah dewasa, dengan sendirinya mereka bangun menentang Shah Iran dan berjaya menegakkan Republik Islam Iran. Akibat dari kejadian ini puluhan ribu rakyat Iran telah mati dibunuh dan ratusan ribu pula terpaksa meninggalkan Iran.

Bayangkanlah sekiranya taktik yang digunakan oleh PAS ini berjaya di Malaysia, apa yang bakal terjadi. Perlu diingatkan bahawa peratusan bangsa Melayu kurang dari 50%, sudah tentu ramai yang terbunuh dan ramai yang terpaksa meninggalkan Malaysia. Akhirnya orang Melayu tidak lagi menjadi golongan terbesar dan akan hilanglah penguasaan orang Melayu dan dengan sendirinya Islam akan lemah. Berbanding di Iran peratusan yang beragama Islam adalah hampir 100%.

Kalau diteliti betul-betul, taktik PAS ini semakin berkembang di Malaysia. Sebagai contoh, kita selalu lihat dan dengar, orang PAS menyebarkan slogan-slogan bagi menanam perasaan benci terhadap setiap pemimpin utama UMNO dan parti UMNO itu sendiri di kalangan kanak-kanak sekolah.

Demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu, perbuatan pemimpin-pemimpin parti PAS perlulah dihentikan dengan serta merta.

Dalil Kesepuluh - ISU ALLAH MENCARUT

Datuk Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Datuk Shahnon Ahmad mengucapkan bahawa "Allah mencarut". Bagi menguatkan hujah beliau, beliau membacakan surah Al-Lahab dan menurut beliau banyak terdapat ayat mencarut dalam Al-Quran.

Surah Al-Lahab:

Bermaksud:

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguh dia akan binasa.

Pendapat ini nyata salah kerana:

~Dalam ayat tersebut tiada pun bukti mencarut.
~Allah tidak pernah mencarut dengan menyebut kemaluan manusia seperti yang terdapat dalam novel SHIT.
~Kalau benar pun Dr. Mahathir yang bersalah mengapa melibatkan kemaluan ibunya yang tiada kena mengena, mengapa tidak sebut saja kemaluan beliau.
~Datuk Nik Aziz berkata Al-Quran banyak mengandungi ayat-ayat yang mencarut, oleh itu bolehlah mencarut. Sebagai contoh dalam Al-Quran banyak kali Allah bersumpah dengan masa dan bulan. Mengapa Nik Aziz tak suruh orang bersumpah dengan masa dan bulan pula. Apakah beliau mahu jadi sama taraf dengan Allah SWT.
~Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari ulama-ulama dahulu yang membolehkan orang mencarut?

Apa yang jelas adalah hadith:

Bermaksud:

Ibnu Mas'ud r.a. Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu'min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.(Attirmidzi-Rs 2/54)

Bermaksud:

Anas r.a berkata: Rasullullah SAW bersabda: Kekejian mulut tiada menghinggapi sesuatu melainkan menjelekkannya san sifat malu itu tidak menghinggapi sesuatu melainkan membaguskannya. (Attirmidzi-Rs 2/545)

Bermaksud:

"Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibubapa sendiri. Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasullullah: Apakah mungkin seseorang itu memaki ibubapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibubapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibubapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri." (H.R.Bukhary-Muslim - 10).

Kesimpulannya - Mencarut adalah perbuatan yang keji untuk orang yang bersifat lemah atau keji budi pekertinya. Allah SWT besifat Maha Gagah lagi Maha Sempurna. Oleh itu Allah tidak sesekali mencarut tetapi apa yang dimaksudkan didalam ayat surah Al-Lahab dan banyak ayat lain Allah melaknat. Allah melaknat Abu Lahab dan orang yang memutar belitkan Al-Quran seperti ulama-ulama PAS.

Dalil Kesebelas - PAS PUNCA ORANG RAMAI MURTAD

PAS dalam kempen pilihanraya tidak berapa lama dulu telah mengedarkan risalah bahawa terdapat 3,000 orang Islam murtad di Malaysia. PAS seterusnya menyalahkan Kerajaan dan Dr Mahathir sebagai pihak yang bertanggungjawab. PAS yang mengaku sebagai Parti Islam tidak berbuat apa-apa malah memecat Hasan Ali dari PAS kerana mencegah murtad demi menjaga hati DAP. Allah SWT telah memerintahkan dalam surah An-Nahl ayat 125:

Bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu denga hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu  dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 

Sekiranya kesemua Ustadz, Tok Guru dan Ulama PAS turun berdakwah sudah tentu jumlah orang murtad akan berkurangan. Tetapi ini tidak mereka lakukan, malah mereka lebih rela berpolitik dan mengkafirkan orang yang sedia Islam.

Bagi sesetengah orang yang jahil dan yang tidak memahami Islam secara mendalam, akan percaya dengan tuduhan Ulama PAS ini, dan yakin bahawa dirinya sudah menjadi kafir, dengan yang demikian mudah bagi mereka menjadi murtad. Ada sesetengah Ustadz PAS pula , untuk memberi ceramah pun kena bayar. Jika bayarannya sedikit mereka merungut dan jika tidak dibayar mereka tidak datang. Fikirkanlah orang yang hendak murtad  mahukah mereka bayar Ustadz untuk dakwah diri mereka? sudah tentu tidak.

Harus diingat bahawa faktor yang menyebabkan seseorang itu murtad banyak. Antaranya:

a) Pendidikannya
b) Ibubapanya
c) Kawan-kawan
d) Guru-gurunya
e) Ustadz, Tok Guru dan Ulama

Di dalam hal ini mengapa Kerajaan sahaja yang dipertanggungjawabkan. Ingatlah bahawasanya undang-undang itu hanya dapat menghalang seseorang itu daripada Murtad tapi tidak boleh menghalang mereka menjadi KUFUR. Apa bezanya antara Kufur dan Murtad? wahai Ustad PAS. Apalah gunanya pada nama saja Islam, tetapi pada hati dan perbuatan sudah Kufur. Ini mungkin akan merosakan Islam.

Dari fakta di atas, terbuktilah bahawa Ustadz, Tok Guru dan Ulama PAS memang tidak bertanggungjawab. Mereka lebih gemar berpolitik untuk menjadi Wakil Rakyat daripada berdakwah mengislamkan orang yang mereka sendiri tahu, akan mendapat lebih banyak pahala.

Kerajaan  tidak patut disalahkan kerana mereka telah menubuhkan badan-badan tertentu untuk membendung masalah ini seperti JAKIM, YAPEIM, PERKIM, YADIM, IKIM dan sebagainya. Kita berserah sajalah kepada Allah, untuk menghakimi siapa yang benar-benar bersalah. Tak perlu kita terpengaruh . Kita jaga anak dan isteri kita supaya jauh dari murtad dan itu lebih baik buat diri kita. jangan biarkan diri kita diperalatkan  oleh parti PAS.

Dalil keduabelas  - PAS BERAKAD DENGAN DAP

Surah Mumthahanah Ayat 8 & 9

Bermaksud:

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Bermaksud:


Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Ayat-ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa Allah melarang umat Islam mengambil orang kafir yang memusuhi agama Islam sebagai kawan atau teman.

1. DAP telah dengan jelas menolak Islam dan menolak negara Islam. Ada pemimpin yang mencabar sekiranya hendak laksanakan juga, langkah mayat mereka terlebih dahulu. Nyata dan jelas mereka ini adalah musuh Islam.

2. Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu(UMNO), Cina(MCA), dan India(MIC) telah mengadakan perjanjian yang mana ketiga kaum bersetuju antara mereka iaitu:

a) Toleransi-kebebasan beragama
b) Hak Ketuanan Melayu
c) Islam sebagai Agama Resmi

DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia dan engan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata DAP tidak termasuk dari golongan mereka yang menghormati perjanjian tersebut.

Ternyata perbuatan PAS berkawan dengan DAP adalah bertentangan dengan Al-Quran dan ajaran Islam.
 


bersambung...

Selasa, 8 November 2011

CABARAN SEMASA DAN YANG MENDATANG



UMNO sebagai parti siasah bangsa Melayu, yang bertanggungjawab perlu peka dan sensitif terhadap cabaran semasa dan cabaran yang bakal dihadapi di alaf yang akan datang. Dari kesedaran inilah UMNO merancang untuk membentuk satu masyarakat Melayu yang beriman, berilmu dan maju bagi mengujudkan satu bangsa yang kuat dan mampu berdaya saing dengan bangsa-bangsa lainnya.

Cabaran yang dimaksudkan adalah cabaran yang telah dikenal pasti dan cabaran yang belum boleh dikenal pasti buat masa kini, namun bangsa Melayu harus bersedia. Antara cabaran-cabaran yang telah dikenal pasti termasuklah:

1. Penjajahan alaf baru iaitu penjajahan melalui bidang ekonomi. Dimana syarikat-syarikat gergasi dari luar negara akan membeli, mengambil alih dan memiliki semua sumber kekayaan dalam negara. Sebagai akibat, rakyat tempatan tidak akan memiliki apa-apa dan bakal menjadi pekerja atau kuli sahaja. Segala keuntungan dan kekayaan akan dibolot dan dinikmati oleh orang asing. Proses penjajahan ini telah bermula dan dapat dilihat melalui tindak-tinduk seperti berikut:

~ Negara-negara barat dengan bantuan penyangak-penyangak matawang telah menyebabkan berlakunya kegawatan ekonomi di negara-negara Asia, yang mana telah menjatuhkan nilai syarikat, harta dan aset.

~ Syarikat-syarikat gergasi negara barat di akhir-akhir ini banyak membuat penggabungan(merger), membentuk syarikat yang lebih besar yang mampu mengambilalih syarikat, harta dan aset di negara luar.

~ Dengan adanya globalisasi iaitu dunia perdagangan tanpa sempadan membolehkan syarikat gergasi barat ini bertindak dengan bebas dan negara-negara yang kecil tidak berupaya mempertahankan diri mereka.

~ Lebih teruk lagi adalah negara-negara yang mendapat pinjaman dan bantuan dari IMF, yang telah diikat dengan perjanjian tertentu.

Oleh itu bangsa Melayu harus bersatu dan berusaha menentang penjajahan alaf baru ini agar umat Melayu tidak menjadi kuli atau hamba dinegara sendiri.

Menyusul penjajahan di bidang ekonomi ialah penjajahan dari segi budaya dan minda. Sekiranya bangsa Melayu mundur dengan sendirinya anak bangsa akan malu untuk mengamalkan budaya dan kadang-kadang malu untuk mengaku bangsanya sendiri. Ini akan disusuli dengan pemikiran dimana bangsa penjajah akan dipandang mulia, lebih benar dan lebih sempurna. Sebaliknya menganggap rendah akan diri dan bangsa sendiri.

Lebih menyedihkan ialah bila megara-negara kecil cuba berbuat sesuatu, bakal-bakal penjajah ini akan membuat kekacauan serta keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku di negara-negara timur tengah sekarang. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu di negara kita sahaja dimana penyokong Refomasi yang membuat kekacauan disifatkan sebagai manusia berani oleh Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Bangsa Melayu harus sedar, segala petanda sudah nampak jelas bahawa negara-negara barat ini ingin melakukan penjajahan alaf baru. Oleh itu kita harus mengambil itibar, bahawa penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Palestin, Bosnia, Albania, Kashmir dan Chechnya boleh juga berlaku di negara kita pada bila-bila masa sahaja sekiranya kita tidak bersatu padu.

Apa yang telah dihuraikan di atas ialah sebahagian kecil cabaran daripada banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh bangsa Melayu. Rasanya amat berfaedah sekali sekiranya kita dapat merenung dan mengambil itibar dari firman Allah dalam surah An Nisaa' ayat 71 dan surah Ar Ra'd ayat 11.

Surah An Nisaa', ayat 71:

Bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu dan majulah(ke medan pertempuran) berkolompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!

Surah Ar Ra'd, ayat 11:

Bermaksud:

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah(1). Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan(2) yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menoloknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka salian dari Dia.

Nota:
(1) Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannuya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu , disebut malaikat Hafazhah.

(2) Tuhan tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merubah sebab-sebab kemunduran mereka.

Ingatlah bahawa Allah SWT memerintahkan kita supaya sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia dan maju bersama-sama dalam satu jemaah atau dalam keadaan yang bersatu padu. Dan ingatlah Allah SWT tidak akan mengubah nasib dan keadaan kita sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.

Matlamat UMNO, bagi mengujudkan satu bangsa Melayu yang beriman, berilmu dan maju adalah menurut perintah Allah SWT dalam ayat-ayat di atas. Pihak UMNO memang sedar akan cabaran dan bahaya yang bakal dihadapi. Oleh itu pihak UMNO telah berusaha secara bersungguh-sungguh namun apa yang menyedihkan ialah PAS bukan sahaja tidak mahu membantu, tetapi mereka ini membuat bermacam-macam tuduhan disamping mereka menghasut orang ramai supaya membenci UMNO dan pemimpin UMNO sehingga ibadah pemimpin UMNO pun dipertikaikan kononnya merekalah yang lebih sempurna.

Bayangkanlah apa yang bakal terjadi kepada orang Melayu sekiranya UMNO gagal? Sedarlah! Saudara-saudaraku, kita tidak boleh bergantung kepada PAS kerana PAS bergantung kepada DAP dan sudah terbukti yang mereka ini semuanya gila kuasa.