SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 18 Januari 2012

MENGHINA ORANG ISLAM



Surah Al-Hujuraat Ayat 11:

Bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka(yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka(yang mengolok-olokan) dan jangan pula wanita-wanita(mengolok-olokkan) wanita-wanita lain(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Namun kita semua tahu dan kita semua dengar Tok Guru Nik Aziz menghalalkan perbuatan memaki orang Islam.

Secara tidak langsung, sikap parti itu mencerminkan peribadi dan cara pembawakan Pas. Rakyat akan menilai sikap mereka ini kerana Islam tidak pernah mengajar atau menyuruh kita memandang hina sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Pas harus bertanggungjawab di dunia hingga akhirat atas implikasi daripada sikap mereka yang menyebabkan masyarakat akan memandang rendah terhadap agama Islam.

Di dunia maksudnya dari segi kemasyarakatan yang menyebabkan orang Islam lain terpaksa membayar hutang yang sama terhadap hutang mereka buat. Orang akan pandang umat Islam itu dengan pandangan yang jahat dan serong disebabkan tingkah laku mereka.

Oleh kerana itu, orang Islam yang lain terkena tempias dek akibat sikap Pas, maka mereka harus mananggung beban tersebut. Pemimpin-pemimpin Pas yang jelas mengetahui ajaran Islam dengan mendalam agar mendalami serta menghayati apa yang diajar oleh agama Islam sebenarnya. Jangan kerana politik, mereka buat-buat tidak tahu apa yang mereka tahu

1 ulasan: