SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Isnin, 15 Ogos 2011

MATLAMAT DAN HALA TUJU UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH

MATLAMAT DAN HALA TUJU UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH DAN TIADA TITIK NOKTAHNYA...

Mengimbas kembali hadith dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani, dimana Abu Hudzaifah telah bertanya kepada Rasullullah SAW "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan" Jawab Nabi SAW "Ya! tetapi sudah cacat" tanya Hudzaifah "Apa cacatnya" Jawab Nabi SAW " Suatu kaum(bangsa) membuat peraturan(undang-undang) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya".

Apa yang disabdakan oleh Nabi SAW memang benar, undang-undang yang diguna-pakai oleh UMNO di Malaysia memang bukan undang-undang Islam tetapi adalah undang-undang buatan manusia. Ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Benar jugalah yang disabdakan oleh Nabi SAW bahawa keadaan sedemikian rupa adalah satu kecacatan. Namun kecacatan ini masih boleh diperbaiki dan sedang diperbaiki. Sebagai contoh sejak dari merdeka telah banyak perubahan dan pembaharuan dibuat dan ini akan terus dijalankan.

Dalam membincang soal matlamat ini adalah terlebih baik sekiranya kita dapat melihat kepada tunggak kekuatan UMNO itu terlebih dahulu.

Secara amnya tunggak kekuatan UMNO terbahagi kepada tiga:

ASAS YANG KUKUH- Telah diujudkan sejak merdeka daripada perjanjian yang dibuat di antara UMNO, MCA dan MIC yang antara lain mengandungi:

~ Dasar toleransi iaitu kebebasan beragama
~ Hak ketuanan orang Melayu/Islam
~ Islam sebagai agama rasmi
~ Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Ini semua, merupakan asa yang boleh digembeling oleh UMNO bagi mencapai matlamat perjuangannya.

KEMUDAHAN SEDIA ADA- Telah dibina oleh UMNO sejak merdeka hingga ke hari ini meliputi antara lain:

~ Sistem pendidikan Islam termasuk semua institusi pendidikan Islam
~ Sistem pengekonomian Islam yang meliputi Tabung Haji, Bank Islam dll
~ Lain-lain badan yang telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk Islam seperti JAKIM, IKIM dll

Kemudahan-kemudahan ini semua merupakan bukti konkrit komitmen UMNO kepada Islam yang boleh digembelingkan untuk mencapai matlamat tadi.

SOKONGAN PADU BANGSA MELAYU- Itulah tunggak kekuatan UMNO yang paling penting iaitu merupakan kuasa politik bangsa Melayu. Sekiranya orang Melayu berpecah dan dipecahkan akan kurang efektiflah untuk UMNO memperjuangkan nasib bangsa dan Islam itu sendiri. Jadi maju mundurnya bangsa Melayu itu bergantung kepada sokongan orang Melayu terhadap UMNO kerana buat masa kini parti-parti politik Melayu lainnya tidak mempunyai asas yang kukuh dan kemudahan sedia ada yang lengkap seperti yang dimiliki oleh UMNO.

Maka tidak hairanlah musuh-musuh Islam mengambil kesempatan dan mempergunakan perpecahan orang Melayu hari ini untuk menukar sistem dan perlembagaan negara. Sebenarnya mereka telah menang separuh dari peperangan iaitu dengan menguasai ekonomi dan yang sedangan diusahakan oleh mereka sekarang ialah untuk menguasai sistem pemerentahan. Mereka maklum jika untuk menguasai pemerentahan negara melalui sokongan orang yang sebangsa dengan mereka adalah mustahil. Oleh itu mereka memberi penumpuan ke arah penguasaan ekonomi dahulu dan dengan kuasa ekonomi itu juga mereka jadikan senjata untuk memenangi peperang merampas kuasa, menimbulkan kemarahan orang Melayu kepada kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dengan menaikkan kos harga barang keperluan yang mereka kuasai pasarannya. Dengan kuasa ekonomi juga kekuatan akidah orang Islam dilumpuhkan, mengumpan umat Islam yang sentiasa mendambakan segala-galanya SEGERA, kaya segera dan segala yang mudah-mudah(goyang kaki) serta memburu jalan pintas ke syurga.

Tanggungjawab UMNO sebagai parti orang Melayu ialah untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan juga untuk mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam melalui pengekalan kuasa politik bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Matlamat utamanya adalah untuk mengujudkan satu masyarakat Melayu yang beriman, berilmu dan maju.

~ Beriman bererti berpegang keapada akidah Islam yang mantap.
~ Berilmu merangkumi semua bidang keilmuan termasuk sain dan teknologi.
~ Maju dalam semua bidang termasuk ekonomi dan sebagainya.

Bagi mencapai maksud di atas UMNO akan mengembeling segala kekuatan yang ada bagi memajukan dan membangunkan orang Melayu dalam tiga jurusan utama itu pembangunan Akidah, Minda dan Ekonomi(termasuk yang bersangkutan). Dengan ini bangsa Melayu akan menjadi manusia yang beriman kepada Allah dan Rasulnya serta berkeupayaan untuk berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka seperti di Firmankan oleh Allah dalam surah As Shaff ayat 10 hingga 12 yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ketempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Sebagaimana yang dijelaskan dari ayat di atas, adalah menjadi harapan UMNO agar manusia-manusia yang dididik akan sanggup berjuang untuk menyambung dan meneruskan perjuangan UMNO bagi membangunkan bangsa Melayu untuk menjadi satu bangsa yang mempunyai tamadun yang tinggi.

Bagi UMNO matlamat untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan Islam tidak ada titik noktahnya iaitu ianya akan berterusan dari satu matlamat kematlamat yang lain bergantung kepada keadaan semasa dan akan ditentukan oleh generasi yang ada pada masa itu. Berdasarkan kepada pegangan ini satu konsep telah dirangka seperti gambar rajah di atas.

1. Matlamat terancang (by design) iaitu mengujudkan satu masyarakat Melayu yang beriman, berilmu dan maju.

2. Hala tuju seterusnya (by default) matlamat yang tidak dirancang tetapi akan tercipta dengan sendirinya hasil pencapaian matlamat yang terancang tadi.

Matlamat yang terancang ialah mengujudkan Masyarakat Melayu yang Beriman, Berilmu dan Maju. Dengan terbentuknya masyarakat ini, akan terhasillah manusia-manusia Islam yang dahagakan kebudayaan Islam itu sendiri termasuk sistem perundangan Islam, negara Islam yang serba lengkap namun dapat diterima oleh orang-orang bukan Islam lainnya tanpa wujud sebarang konflik dan pertelagahan dikalangan rakyat negara ini.

Kaedah ini telah mula menunjukan hasil dimana terbukti di kebelakangan ini ramai orang Melayu yang inginkan sistem perundangan Islam dan negara Islam.

Kaedah pemantapan akidah ini diambil pakai dari konsep Islam itu sendiri, iaitu di zaman Rasullullah SAW , dimana perkara yang mula-mula Rasullullah SAW lakukan ialah menanamkan akidah Islam sebelum membentuk negara Islam. Cuma di sini ianya dijalankan serentak dengan pembangunan minda dan ekonomi.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, terbukti segala tanggapan bahawa UMNO menolak kewujudan hukum perundangan Islam dan Siasah Islam adalah salah. Sebaliknya UMNOlah yang bertanggungjawab menanam bibit-bibit keinginan itu melalui sistem pendidikan Islam.

UMNO tidak bersetuju dengan konsep Negara Islam ala PAS, kerana ianya tidak mengambil kira masyarakat majmuk di Malaysia.

Dari segi perlaksanaan, UMNO tidak perlu membuat sebarang perubahan sebaliknya meneruskan program-program yang sedia dan yang bakal dirancang. UMNO tidak perlu membuat perubahan secara mendadak seperti yang hendak dilakukan PAS, memandangkan kepada keadaan semasa negara. Dasar ini adalah bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insaan ayat 23 dan 24 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepada mu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur). Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikut orang yang berdosa dan orang yang kafir diantara mereka.

Adalah jelas dari maksud ayat-ayat di atas bahawa Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Ini bermakna hukum-hukum yang disampaikan kepada Rasullullah datang secara beransur-ansur juga.

Bersambung Di "Prevention is better than cure"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan