SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 10 Ogos 2011

HAK ORANG KAFIR

Dalam ayat 7, 8 dan 9, surah Mumtahanah, Allah SWT berfirman:







Bermaksud:

Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ternyata dari ayat-ayat di atas, orang-orang kafir yang tidak melanggar perjanjian mereka dengan orang Islam dan tidak melakukan yang tidak baik terhadap orang Islam, mempunyai hak mereka yang tersendiri. Apa yang lebih nyata ialah perbuatan UMNO berbuat baik terhadap MCA dan MIC bukanlah bertentangan dengan ajaran Al-Quran.

Allah menyukai sekiranya kita dapat berlaku adil dan berbuat baik terhadap mereka. Sekiranya kita dapat melakukan seperti yang demikin, besar kemungkinan mereka akan menerima hukum Allah, kerana sesungguhnya hukum Allah itulah yang paling adil dan amat sempurna.

Kesimpulannya setelah kita teliti dan kita timbangkan semua hujah-hujah tadi, yakinlah kita bahawa UMNO tidak sekali-kali berlaku aniaya terhadap perintah Allah yang dimaksudkan dalam surah Al Hujaraat ayat 9 tadi. Apa yang nyata ialah UMNO telah berusaha melaksanakan perintah-perintah itu sebaik mungkin dan dalam keadaan yang diizinkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah Al Insaan ayat 23 dan 24:



A023

A024

Bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

Apa yang jelas dari ayat yang di atas ialah Allah SWT menyuruh kita bersabar dalam melaksanakan segala ketetapan dari Allah SWT. Dan kita dilarang dari mengikuti orang-orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, siapakah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang-orang yang berdosa dalam ayat yang kita baca tadi?.

PAS lah yang berdosa dan yang berbuat aniaya iaitu yang tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya.

PAS gagal mematuhi larangan Rasullullah SAW yang melarang mengujudkan satu golongan baru bagi menentang dan menjatuhkan golongan yang telah sedia ada. PAS juga telah melantik seorang ketua/khalifah baru iaitu Fadzil Noor dan sekarang Hj Hadi sehingga wujudnya keadaan di mana wujudnya dua orang ketua/khalifah dan PAS juga cuba menjatuhkan setiap pemimpin UMNO yang dilantik dengan pelbagai fitnah dan mengaibkan peribadi pemimpin-pemimpin tersebut walaupun pemimpin-pemimpin itu patuh mengerjakan perintah Allah seperti solat, haji dan lain-lain.

Parti PAS bukan parti Islam sebaliknya berpura-pura Islam. Ini terbukti apabila PAS membelakangkan perintah Allah dalam ayat-ayat 7 hingga 9 surah Mumtahanah dengan bekerjasama dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

Parti PAS lah yang bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan umat Islam di negara kita ini. Mereka menanamkan bibit kebencian di hati penyokong-penyokong(pemburu syurga yang kesuntukan masa) mereka terhadap orang Islam lainnya. Mereka mempelupuri perbuatan memaki, menghina, mencaci dan mencarut. Mereka membuat pelbagai fitnah dan tuduhan semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka. Perbuatan mereka ini memang bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

PAS, yang dulu melaungkan "hukum Islam" dan isu negara Islam(sekarang sudah tukar ka?), sebaliknya tidak berbuat apa-apa kecuali meluluskan undang-undang Islam dalam kerajaan negeri kelantan. Sejak beberapa tahun yang lalu, bukan sahaja hudud tidak dilaksanakan tetapi Pasar Besar Kota Baharu, Kelantan itu pun masih tidak bertukar wajah. Kalau perkara yang sebegini kecil tidak dapat dilaksanakan bagaimana pula parti PAS nak menguruskan agenda yang lebih besar lagi iaitu sebuah negara Islam(ooop, sudah tukarlah) negara berkebajikan. Jika setakat cakap besar siapapun boleh. Setiap kali bila hampir pilihanraya mulalah mereka merekacipta projek dan yang terbaru Lebuhraya pulok doh. Projek pilihanraya dulu yang tinggal papan tanda apa cerita? nak suruh kerajaan persekutuan tolong sambung ka?.

Untuk mencapai maksud hukum Islam dan negara Islam bukan sekadar laungan atau dengan undang-undang sahaja. Sebagai contoh di Iran rata-rata di jalan raya semua wanita bertutup kepala tetapi dalam upacara tertutup ternyata perkara sebenarnya amat berbeza dan adakalanya lebih teruk lagi dari apa yang kita dapati di negara ini. Perlu diingati bahawa Iran di bawah pemerintahan Shah Iran amat rapat dengan Amerika. Oleh itu budaya Amerika masih berleluasa cuma diluar saja tak jelas kelihatan. Ini sudah tentu tidak bersesuaian dengan dasar Islam itu sendiri, masyarakat yang berpura-pura alim. Inilah yang akan terjadi di Malaysia jika PAS berkuasa, kerana dasar mereka adalah untuk berkuasa dan bukan untuk membentuk umat yang memahami akan hukum.

PAS bersikap tidak jujur, hanya melaungkan isu ini sahaja sebagai batu loncatan bagi mendapatkan simpati pengundi-pengundi orang Islam. Sekiranya PAS benar-benar inginkan Malaysia menjadi Negara Islam perkara yang wajib mereka lakukan ialah membantu UMNO menyatu padukan orang Melayu dan bukannya memecah-belahkan serta berkawan rapat serta taat setia dengan kafir harbi yang meminta mayatnya dilangkah dahulu sebelum menubuhkan negara Islam.

Apa yang nyata dalam pemerentahan BN, UMNO , pengetahuan Islam telah berkembang. Sejak tahun 1965, dibawah pimpinan Allahyarham Dato' Khir Johari, selaku Menteri Pelajaran, telah mewajibkan mata pelajaran Agama Islam disemua sekolah kebangsaan.

Hasilnya, Islam terus berkembang hingga ke hari ini dan pemahaman Islam telah sampai ke satu tahap yang membanggakan, pencapaian yang lebih baik dari kebanyakan negara Islam lainnya di dunia.

Terbukti komitmen terhadap Islam lebih dari Parti PAS yang hanya tahu mengkritik dan membuat laungan kosong. Terbukti UMNO lebih berkeupayaan dan berpengalaman dari PAS.

UMNO sebagai parti siasah/politik bangsa Melayu perlu akur kepada kehendak ahli dan penyokongnya. Hala tuju serta matlamatnya ditentukan oleh ahli-ahli dan penyokongnya, bukan oleh pemimpin yang tidak dipilih oleh ahli seperti Ketua Umum PKR(pemimpin syok sendiri). Sekiranya kita benar-benar mahukan negara Islam dan hukum Islam sepatutnya kita terus menjadi ahli UMNO dan menyokong UMNO yang terbukti Itiqomah(konsisten) keupayaannya dan pengalamannya.

Sebaliknya , telah terbuktilah bahawa parti PAS yang telah berlaku aniaya menurut ayat 9 surah Al hujuraat tadi. Parti PAS telah tidak melaksanakan perintah Allah dan mereka melangar perintah Rasullullah SAW. Oleh itu adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk memerangi parti PAS sesuai dengan apa yang telah diperintahkan Allah.

Sebagai kesimpulan, jika kita menolak UMNO bererti kita menolak Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan