SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Isnin, 2 Mei 2011

KEBEBASAN BERAGAMA

AYAT 256, surah Al-Baqarah



Bermaksud: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agma (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang, siapa yang engkar kepada Thagut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jelaslah dari ayat di atas bahawa dasar toleransi iaitu kebebasan beragama di Malaysia yang diamal oleh UMNO tidak bertentangan dengan Islam malah dasar kebebasan agama inilah yang diguna pakai oleh Nabi SAW semasa mengadakan perjanjian damai dengan pihak Yahudi 1400 tahun dahulu di zaman permulaan Islam di Madinah. Namun perjanjian yang dibuat oleh UMNO dengan MCA dan MIC lebih 50 tahun dahulu merangkumi:

a- Hak keistimewaan orang Islam(Hak ketuan Melayu)
b- Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
c- Kebebasan beragama bagi orang bukan Melayu.

Persoalannya, mengapakah pihak PAS tidak mahu meneruskan hak ketuanan Melayu? Sebaliknya PAS mahu menghapuskannya. Ini bererti bahawa PAS hanya berpura-pura dan mempergunakan Islam untuk mendapatkan kuasa dan mereka memang tidak berminat untuk mempertahankan apa yang sudah dimiliki oleh orang Islam di negara ini iaitu Hak Keistimewaan Orang Islam.

Persoalannya lagi, mengapa PAS menolak MCA dan MIC, yang telah bersetuju dan menerima agama Islam dijadikan agama rasmi negara tetapi disebaliknya menerima DAP yang dengan biadab tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara kita.
DAP jika dibandingkan dengan MCA, DAP lebih merupakan parti perkaum kerana setiap pilihanraya DAP hanya bertanding di kawasan mojoriti pengundi bangsa Cina.

HAK ORANG KAFIR- bersambung...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan