SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Jumaat, 29 April 2011

KEWAJIBAN MENJALANKAN AGAMA MENURUT KADAR KEMAMPUAN MANUSIA

Firman Allah dalam Surah Al Mu'minum ayat 62:


Bermaksud:

Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya.

Proses mewujudkan Perundangan Islam adalah satu proses yang berterusan. Cuma UMNO sebagai parti yang praktikal tidak melaksanakannya secara mendadak kerana tidak mahu menimbulkan rasa takut terhadap orang bukan Islam. Bak kata pepatah "memukul ular dengan kayu, ularnya mati, kayunya tak patah dan tanahnya tak berbekas". Dalam Perundangan Islam ada 5 cabang utama iaitu: Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jinayah dan Siasah. Setakat ini kesemua bidang telah dilaksanakan secara mendalam kecuali jinayah dan siasah kerana terdapat bermacam-macam halangan yang terpaksa diatas terlebih dahulu iaitu Faktor Sejarah, Faktor Umat Islam Sendiri, Faktor Dalaman Negara, dan Faktor Luaran Negara.

Faktor Sejarah-Negara kita telah dijajah sejak abad ke 15 lagi. Selama hampir 500 tahun kita dijajah, pemikiran umat Islam negara ini telah banyak dicemarkan oleh pihak penjajah. Mereka tidak berjaya menukar agama kita tetapi mereka berjaya merosakkannya. Ramai orang tua kita membaca Al-Quran, tetapi tidak mengerti maknanya. Di zaman penjajah, mempelajari ilmu hadith tidak digalakkan, kadang-kadang dilarang. Menyanjung tinggi bangsa penjajah dan memandang hina bangsa sendiri. Orang Arab beruntung kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka dan mereka mudah faham. Itupun Nabi SAW perlu berdakwah selama 23 tahun, tetapi kita di sini keadaannya berbeza sekali.

Faktor Umat Islam Sendiri-Umat Islam di Malaysia boleh digolongkan kepada dua golongan. Mereka yang lahir sebelum merdeka dan yang selepas merdeka. Untuk mereka yang lahir sebelum merdeka kefahaman mereka tentang Islam adalah kurang kerana pada masa itu tiada sistem pendidikan agama yang sempurna dan meluas. Bagaimanapun untuk mereka yang lahir selepas merdeka, mereka mendapat pendidikan Islam melalui sekolah-sekolah kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1965.

Berdasarkan faktor inilah kita dapati mereka yang berumur dalam lingkungan 40 tahun, lebih mantap kefahaman Islam mereka. Lebih ke bawah lebih mantap lagi kerana bermula dari tahun 1965, sillabus ilmu agama itu sentiasa diperlengkapkan dan dipertinggikan. Sebagai contoh, lebih ramai yang hafiz Al-Quran di kalangan anak-anak muda berbanding dengan mereka yang sudah berumur. Sekarang adalah masa transisi di mana terdapat dua golongan iaitu:
  • Golongan tua
  • Golongan muda
yang boleh dikatakan sama banyak. Kerajaan terpaksa mengambil jalan tengah supaya kedua golongan Muslim tidak berpecah-pecah dan bersengketa. Dalam sejarah Islam sendiri, telah terbukti wujudnya perbezaan pendapat antara golongan tua dan yang muda(salaf dan khalaf), dan masih berterusan hingga ke hari ini. Orang PAS tidak sedar atau peduli perkara ini kerana niat mereka adalah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Faktor Dalaman Negara- Apa yang nyata umat Islam dinegara kita hampir 50% sahaja. Oleh itu usaha untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam itu lebih penting bukannya terus membuat perundangan dan siasah Islam secar terburu-buru. Kerajaan dan UMNO telah menubuhkan IKIM iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia, dengan tujuan untuk memberi kefahaman Islam kepada yang bukan Islam. Kita mahukan negara Islam dan kita mahukan keamanan dan kesejahteraan. Islam itu sendiri adalah kesejahteraan dan ia juga adalah kebijaksanaan bukan untuk membuat sesuatu secara membuta-tuli.

Faktor Luaran Negara- Faktor inilah yang lebih menyulitkan kerana dimasa kini terdapat tentangan dari negara barat terhadap perlaksanaan hukum Islam, sebagai contoh ada cubaan dari barat untuk memperkecil-kecilkan perlaksanaan hukum Islam di Arab Saudi. Satu lagi contoh propaganda yang dibuat oleh negara barat apabila Afganistan cuba menjalankan hukum Islam. Mereka diugut dengan bermacam cara sehingga dikenakan berbagai sekatan termasuk sekatan perdagangan. Satu contoh lagi ialah di Algeria apabila golongan Islam berjaya dalam pilihanraya, ada pihak lain yang sekular telah mengenepikan kemenangan tersebut secara tidak demokrasi tetapi nampaknya direstui oleh barat. Akibatnya berlaku pertelingkahan, lebih puluhan tahun dan beribu-ribu jiwa telah terkorban akibatnya.

Oleh itu, UMNO terpaksa mengambil iktibar dan mesti berhati-hati disamping mempersiapkan diri untuk menghadapi segala macam ancaman dari barat dan musuh-musuh Islam sebelum sebarang langkah diambil untuk melaksanakan hukum Islam di Malaysia.

Secara realiti, terkecuali di Arab Saudi, semua negara-negara Islam di dunia ini masih tidak menjalankan hukum Islam secara 100% . Namun apa yang nyata di Malaysia, meskipun umat Islam kurang dari 50% pembangunan umat dan agama Islam lebih baik dan lebih sempurna jika dibandingkan dengan negara Islam yang lainnya yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Jelaslah berdasarkan faktor yang ada UMNO tidak sekali-kali melanggar perintah Allah tetapi sebaliknya telah berusaha menjalankannya secara yang paling baik dan efektif tanpa mahu menganggu-gugat penganut agama lain di samping mengekalkan keamanan, kebijaksanaan, dan kestabilan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan