SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 24 Ogos 2011

"Prevention is better than cure"


Allah memerentahkan agar kita semua bersabar dalam melaksanakan hukum atau ketetapan darinya. Percayalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah ada mempunyai hikmah yang banyak kerana Islam itu sendiri adalah hikmah. Salah satu hikmah hudud ialah "Prevention is better than cure" iaitu pencegahan lebih baik dari penghukuman. Hukum hudud adalah satu hukum yang tersangat berat manakala perlaksanaannya dilakukan di khalayak ramai supaya dijadikan sebagai tauladan. Hukuman yang berat ini akan dapat memberi pengajaran kepada manusia dan dengan sendirinya mereka tidak akan melakukan perbuatan keji yang dimaksudkan. Oleh itu pencegahan dapat dilakukan melalui kefahaman. Pemahaman ini ada dua peringkat yang pertama pembalasan di dunia dan yang kedua pembalasan di akhirat.

Apabila mereka faham mengenai pembalasan di akhirat maka mudahlah proses pengadilan. Tapi kalau tidak ia akan menjadi rumit kerana sipesalah akan sanggup membuat berbagai sumpah tanpa mengetahui apa akibat dari sumpahan yang dibuat. Ini adalah kerana hukum hudud mempunyai syarat yang tersangat ketat sebelum boleh dilaksanakan sesuatu hukuman. Ternyata sebelum hukum ini dilaksanakan proses pemahaman perlu ditingkatkan terlebih dahulu.

Hukum hudud memang penting namun yang lebih penting lagi ialah mengujudkan manusia Melayu yang dapat mendirikan solat kerana solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar berdasarkan firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 45:

Bermaksud:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu, iaitu Al-Kitab(Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya) dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Hasil dari usaha ini akan wujud manusia-manusia sperti berikut:

~ Orang yang meninggalkan kemungkaran kerana hendak bersolat(Di zaman Rasullullah, ada para sahabat yang memberhentikan perbuatan meminum arak kerana mau bersolat).
~ Orang yang mendirikan solat akan meninggalkan perkara mungkar(Lazimnya bagi mereka yang bersolat akan menjauhkan perkara-perkara keji dan mungkar)
~ Orang yang bersolat akan dengan sendirinya dahagakan hukum hudud-sekurang-kurangnya mereka tidak akan menentang.

Bertitik-tolak dari sinilah hukum hudud itu akan dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih efektif dan saksama.

Meskipun matlamat menjadikan sebuah masyarakat Melayu yang beriman dan maju belum berjaya dengan sepenuhnya namun hasil serta faedah sudah dapat dirasakan:

1. Orang Melayu / Islam sudah memiliki syarikat dan gedung yang besar dan mereka ini dapat berbakti kepada masyarakat seperti mengeluarkan zakat, membantu fakir miskin, mendirikan masjid, pusat tahfiz dan sebagainya.

2. Golongan profesional Melayu/Islam yang banyak menyumbang kepada keperluan umat Islam itu sendiri seperti didalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sebagainya. Sebelum ini umat Islam banyak bergantung kepada orang-orang bukan Islam.

3. Golongan pendidik serta cendikiawan Melayu/Islam yang dapat melatih dan mendidik anak bangsa dengan semangat lebih jujur.

Meskipun demikian ada segelintir di antara mereka telah dirosakkan diperingkat putik sebelum sempat menjadi buah oleh pihak-pihak yang gelojoh dan bertopengkan Islam. Mereka ini menjadi tidak bertanggungjawab, mereka mahu memusnahkan apa yang diusahakan oleh UMNO yang memberi peluang seluas-luasnya serta pembiayaan pendidikan didalam pelbagai bidang agar bila mereka keluar sebagai graduan nanti dapat menyumbang kepada usaha-usaha untuk memajukan lagi bangsa Melayu dan meningkatkan syiar Islam di negara ini. Mereka mahu membantutkan usaha UMNO untuk mengujudkan masyarakat Melayu yang beriman, berilmu dan maju. Mereka tidak mahu memberi peluang yang telah mereka nikmati kepada orang Melayu lainnya. Mereka ini pengkhianat bangsa dan mereka ini tidak termasuk dalam golongan manusia yang bersyukur seperti yang tertulis dalam ayat 7 surah Ibrahim:

Bermaksud:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab ku sangat pedih".

Semuga kita semua menjadi manusia yang bersyukur, semuga Allah menambah nikmatnya atas kita dan semuga Allah menjauhkan kita dari azab yang sangat pedih di dunia mahupun di akhirat.
Ada lagi - Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan