SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Jumaat, 8 April 2011

PERSELISIHAN PENDAPAT



Keretakan di dalam perpaduan bangsa Melayu berpunca dari perselisihan pendapat sesama sendiri, terutama dalam perkara keagamaan dan Allah SWT berfirman dalam surah An Nisaa' ayat 59:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Secara mudah pengajaran ayat di atas bolehlah disimpulkan kepada tiga perkara pokok:

1. Taat kepada Allah SWT dan Rasulnya iaitu kerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

2. Taat kepada Ulil Amri selagi perintah mereka tidak menyalahi syariat SWT dan Rasulnya. Ulil Amri terbahagi kepada dua iaitu pemerentah negara dan pemimpin agama atau biasanya ulama. Para pemerintah senang kita kenali, namun ulama agak sukar kita kenali kerana kebelakangan ini ramai sekali mengaku sebagai ulama. Pada takrifnya ulama adalah orang berilmu dan beramal dengan ilmunya.

3. Apabila berlaku suatu perselisihan pendapat, maka Allah SWT memerintahkan kita untuk merujuk kepada kitab Allah SWT (Al Quran) dan sunah Nabi SAW(hadith). Sekiranya kita berpegang kepada kedua-duanya nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Oleh itu jelaslah dari ayat tersebut, bahawasanya kita wajib taat kepada Allah SWT dan Rasulnya. Disamping itu kita juga wajib taat kepada pemerentah negara dan ulama(pemimpin agama). Namun kita harus berhati-hati kerana menurut hadith Rasullullah SAW, di akhir zaman ulama mungkin sudah tidak ada atau memang amat berkurangan dan yang ramai ada, cuma orang-orang b_d_h yang mengaku dirinya sebagai ulama.

Dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, bermacam-macam isu yang timbul, tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah isu-isu agama, yang banyak dimainkan oleh parti PAS. Mereka membuat berbagai tuduhan terhadap UMNO serta kepimpinannya. Mereka menuduh UMNO dan pemimpinnya menghina dan tidak menjalankan pemerentahan secara Islam namum buktinya lansung tidak ada.

Pihak UMNO yang banyak berkempen dengan isu-isu pembangunan nampaknya kurang berjaya menangkis hujah-hujah dari parti PAS. Akibatnya ramai penyokong UMNO menjadi ragu-ragu kerana pemuka-pemuka parti PAS adalah terdiri dari golongan yang mengaku diri mereka sebagai ustaz dan ulama. Dengan isu-isu agama ini juga PAS berjaya meraih simpati serta sokongan dari kalangan orang surau dan masjid. Memandangkan isu-isu yang timbul ialah berkenaan Islam, maka sesuailah kiranya kita merujuk kepada Al Quran dan hadith bagi menyelesaikan masalah perselisihan pendapat ini dan bagi menentukan siapakah yang berada di pihak yang benar.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan