SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Rabu, 20 April 2011

MENCARI KEBENARAN


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 81:

Maksudnya:

Dan katakanlah : "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap" Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Ketahuilah wahai saudaraku ahli-ahli PEKEMBAR(UMNO), janji Allah SWT itu benar, yang hak itu telah datang dan yang batil itu telah lenyap. Apa yang UMNO perjuangkan itu lebih benar dari apa yang dilaungkan oleh PAS. PAS mengatakan bahawa mereka parti Islam namun semua tindak-tanduk parti dan pemimpin PAS adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Mereka cuma menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka dan mereka inilah yang mencemarkan Islam, bukannya UMNO. Ingatlah! Belum pun mereka dilantik, mereka sudah membohongi kita semua. Mereka mengaku diri sebagai ulama. Bayangkanlah apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka berkuasa nanti?

Saya mengaku memang terdapat kepincangan dalam UMNO. Namun pemimpin dan ahli UMNO adalah manusia biasa tidak sunyi dari kesilapan. Cuma Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna. Janganlah yang pincang sahaja yang kita nampak tetapi jasa serta kejujuran pemimpin UMNO lansung tidak kita hargai. Buanglah sifat iri hati dan sifat mengutamakan diri sendiri.




Insya' Allah akan timbullah kebenaran itu. Namun yang penting ialah menerangkan kebenaran kepada mereka yang telah tertipu dengan jalan pintas ke syurga dan dipesongkan oleh parti PAS agar orang Melayu iaitu orang Islam bersatu semula.

Dalam Surah Ali Imran ayat 103 Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Wahai saudaraku marilah kita bersatu padu dengan berpegang pada tali Allah iaitu agama islam. Marilah kita pertahankan hak ketuanan Melayu/Islam. Marilah kita mempertahankan kemerdekaan negara dari sebarang cubaan negara asing yang ingin menjajah. Marilah kita pastikan masa depan yang ceria buat diri kita dan anak cucu kita.

Pastikan agar diri kita tidak diperalatkan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan mereka. Pastikan kita tidak lagi diperbodohkan dan dipertakutkan. Pastikan kita berpegang kepada tali Allah iaitu agama Islam. Insya' Allah, Allah akan melepaskan kita dari belenggu penjajahan serta penderitaan di dunia dan siksa neraka di akhirat, dan dikurniakan olehNya nikmat yang banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan