SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Isnin, 9 Januari 2012

MANUSIA FASIK



Dlam surah Al-Hujuraat ayat 6, Allah berfirman:

Bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu.

Berhati-hatilah saudara-saudara ku, dalam zaman teknologi maklumat ini, amat mudah menyebarkan berita dalam bentuk surat layang, e-mail, blog dan lain-lain melalui dunia siber. Berita-berita ini sekitanya tidak diteliti mungkin boleh mendatangkan musibah terhadap sesuatu kaum termasuk diri kita sendiri. Akhirnya kita juga yang menyesal kerana tidak teliti.

Apa yang diajarkan oleh ayat di atas ialah orang yang menyebarkan berita itu adalah orang yang berniat jahat dan orang fasik. Sebenarnya cara yang paling mudah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan berbuat tidak tahu dan tidak endah terhadap apa-apa berita, sekiranya tidak tahu asal-usulnya atau tidak tahu siapa yang menyebarkannya.

Apa yang susah apabila orang yang membawa berita itu berjubah, berjanggut, boleh berbahasa Arab dan boleh baca Al-Quran kemudian mengaku diri sebagai ustadz atau ulama. Sebagai contoh, dalam satu majlis ceramah, Maulidur Rasul di tempat saya beberapa tahun yang lalu, seorang ustadz yang ada gelaran Dr. memberitahu majlis bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Muhammad, kalau nak tentukan tarikh pilihanraya kena pakai bomoh. Apa yang diperkatakan memang nampak mudah tetapi ia sangat merbahaya, kerana telah mencetuskan krisis masyarakat.

Maka akan berlaku perselisihan di antara penentang dan penyokong Tun Dr Mahathir- Ustadz itu hanya memulakan saha tapi orang-orang di tempat itu menyambungnya.

Ianya(kalau tidak benar) adalah satu fitnah yang besar kerana bergantung kepada bomoh adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik.

Ustadz itu sudah tentu bermaksud untuk menjatuhkan Dr Mahathir kalau tidak masakan ceramah Maulidur Rasul hendak cerita soal pilihanraya.

Apakah ia benar? Kalau benar mana buktinya? Ustadz itu melihat dengan mata kepalanya sendiri atau sekadar mendapat berita/cerita dari orang lain?

Berpandukan ayat di atas nyatalah ustadz  yang disebutkan tadi adalah seorang yang fasik kerana menuduh seorang Muslim yang lain tanpa bukti serta mempunyai niat yang jahat menyebarkan fitnah. Rasullullah dalam salah satu hadithnya pernah berpesan.

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasullullah SAW, "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik".(H.R. Ibnu Ady)

Hadith ini bermaksud bahawa di akhir zaman nanti akan ada dua golongan tersebut iaitu yang rajin beribadat tetapi sebenarnya jahil dengan ilmu agama; dan yang berilmu tetapi fasik kerana peribadi yang tidak ikut ajaran Islam. Jadi tidak hairanlah kita dengan sikap ustadz itu tadi, kerana Rasullullah pun telah berpesan lebih 1400 tahun dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan