SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Selasa, 14 Februari 2012

SIAPAKAH YANG MEMECAH-BELAHKAN


Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Arfajah r.a. katanya, dia mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan. Maka siapa yang memecah belah persatuan umat ini. penggallah dengan pedangmu walaupun siapa dia" (Sahih Muslim1817)

Hadith di atas jelas menerangkan bahawa perbuatan memecah-belahkan kesatuan umat Islam dilarang dan hukuman melanggar larangan itu amat berat.

Pemimpin-pemimpin PAS menyalahkan Perdana Menteri yg ada skrg dan yg terdahulu sebab kemunduran negeri Kelantan. Walaupun berlainan parti, Kerajaan Persekutuan dibawah pentadbiran BN tetap membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat Kelantan. Contohnya RM600juta untuk menyelesai masalah air semasa Tun Dr Mahathir jadi PM dan Tun Daim menjadi Menteri Kewangan, namun masalah air sehingga kehari ini masih bermasalah sebab setiap bantuan yg dihulurkan tidak diurus oleh kerajaan negeri dgn bijaksana kerana kesibukkan mereka memenuhi rutin berceramah 24jam.

Kemunduran negeri Kelantan adalah strategi PAS untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Pemimpin-pemimpin PAS sedar bila tiada peluang pekerjaan yg mencukupi di negeri itu, rakyat Kelantan akan keluar ke negeri lain. Yang keluar ini bukan sahaja penyokong BN malah turut keluar dari negeri itu ialah penyokong2 tegar parti PAS yang membawa bersama fahaman-fahaman mereka untuk disebarkan ke negeri2 yang mereka jadikan tempat mencari rezeki.

Kita masih ingat disuatu ketika dahulu parti PAS tidak mempunyai pengaruh di negeri-negeri lain kecuali di Kelantan. Pada masa itu orang-orang Islam hidup bersatu padu tapi sekarang apabila pengaruh PAS mula berkembang  orang Islam mula berpecah belah. Perbuatan mencaci, menghina, mencarut dan mengafirkan orang Islam lainnya yang dipelupori oleh parti PAS mula berleluasa. Di masjid-masjid dan di suarau-surau sudah ada dua golongan orang Islam yang bermusuh-musuhan.

Pemimpin-pemimpin PAS sering menggunakan sebab mereka tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah dalam mentadbir negara. Namun mereka sendiri pun tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam setiap tutur kata dan tingkahlaku mereka, mereka sebenar adalah dari golongan "cakap tak serupa bikin" serta "golongan yang menyembunyikan ayat-ayat Allah" hanya memilih ayat-ayat yang memihak kepada kehendak mereka sahaja. Sementara pengikut-pengikutnya seperti burung Kakak tua hanya mampu mengajuk tutur kata tuannya, sedangkan merekapun tidak pernah membaca Al-Quran, jika membacapun tanpa memahami maknanya. Mereka tidak sedar dalam keghairahannya menyeru orang lain agar berpandukan dgn Al-Quran dan Sunnah dimasa yang sama juga pertuturan dan tingkah mereka telah lari dari panduan tersebut. Al-Quran menyeru kita jangan bersubahat degan mengwar-warkan berita yang belum tentu sahihnya apatah lagi ianya datang dari mulut org2 yang fasik, tetapi dalam keghairahan merekaa mempertahankan kolompok kecil mereka, mereka turut bersubahat menghebahkannya. Contohnya, Mat Sabu adalah orang yang pertama menjaja cerita Anwar Ibrahin meliwat dalam setiap ceramahnya serta orang yang bertanggungjawab memberi gelaran Al-Juburi kepada Anwar Ibrahim. Dari dulu hingga kini, siapa sahaja yang bakal menjadi pemimpin utama UMNO, mereka akan merekacipta fitnah untuk menyerang dan merendah-rendahkan peribadi pemimpin UMNO tersebut(Character Destruction).

Ternyata parti PAS dengan tindak-tanduknya telah memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Satu lagi contoh ialah apabila PAS menentang UMNO, dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Perbuatan mengkafirkan, memaki, menfitnah dan menghina merebak kemerata tempat demi untuk menimbulkan perasaan benci rakyat kepada pemimpin2 dan kerajaan BN. Akibat dari ini, timbul dua pihak bertentangan sampai ada pasangan suami isteri yang bercerai, adik beradik yang bergaduh dan rakan serta teman yang tidak bertegur sapa. Inilah jasa sebenar parti PAS kepada masyarakat Islam iaitu sebagai pemecah belah ummah.

Khamis, 2 Februari 2012

MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM



Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Ibnu Umar r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda: Siapa yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Hai kafir, maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya: Jika apa yang diucapkan itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan". (Sahih Muslim 49)

Nyata dan jelas dari maksud hadis di atas perbuatan mengkafirkan orang Islam adalah dilarang dan amat merbahaya kerana orang yang berbuat demikian boleh jadi kafir sekiranya orang yang ditujukan itu tidak kafir.

Bukankah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli PAS?.

PAS TERLALU RAMAI ULAMA


 Hadith Rasullullah SAW

Bermaksud:

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah tiada, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)

Rasullullah SAW menerangkan, dalam hadith di atas Allah menghapuskan ilmu(dan pengetahuan) agama dengan cara mewafatkan para ulama. Ini bermakna ulama di zaman ini memang sangat kurang atau memang tiada lansung.

Tetapi menurut Parti PAS mereka mempunyai ramai ulama dan ini bertentangan dengan sabda Rasullullah SAW dalam hadith di atas, kecualilah memang benar parti PAS mengangkat orang-orang bodoh jadi ulama mereka.

Patutlah bermacam-macam fatwa yang pelik, telah dan boleh dikeluarkan oleh ulama (Tok Guru) PAS.