SELAMAT DATANG

Semuga blog ini dapat memberi manafaat bersama demi kelansungan kuasa yang menjamin agama Islam terus menjadi agama resmi negara, bangsa Melayu masih mempunyai tanah airnya sendiri dan yang teramat penting sekali masa depan yang lebih gemilang untuk anak cucu kita. Kerana tugas sebenar kita hari ini adalah menyambung perjuangan mereka terdahulu yang berjuang untuk kita hari ini.

Jumaat, 29 April 2011

KEWAJIBAN MENJALANKAN AGAMA MENURUT KADAR KEMAMPUAN MANUSIA

Firman Allah dalam Surah Al Mu'minum ayat 62:


Bermaksud:

Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya.

Proses mewujudkan Perundangan Islam adalah satu proses yang berterusan. Cuma UMNO sebagai parti yang praktikal tidak melaksanakannya secara mendadak kerana tidak mahu menimbulkan rasa takut terhadap orang bukan Islam. Bak kata pepatah "memukul ular dengan kayu, ularnya mati, kayunya tak patah dan tanahnya tak berbekas". Dalam Perundangan Islam ada 5 cabang utama iaitu: Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jinayah dan Siasah. Setakat ini kesemua bidang telah dilaksanakan secara mendalam kecuali jinayah dan siasah kerana terdapat bermacam-macam halangan yang terpaksa diatas terlebih dahulu iaitu Faktor Sejarah, Faktor Umat Islam Sendiri, Faktor Dalaman Negara, dan Faktor Luaran Negara.

Faktor Sejarah-Negara kita telah dijajah sejak abad ke 15 lagi. Selama hampir 500 tahun kita dijajah, pemikiran umat Islam negara ini telah banyak dicemarkan oleh pihak penjajah. Mereka tidak berjaya menukar agama kita tetapi mereka berjaya merosakkannya. Ramai orang tua kita membaca Al-Quran, tetapi tidak mengerti maknanya. Di zaman penjajah, mempelajari ilmu hadith tidak digalakkan, kadang-kadang dilarang. Menyanjung tinggi bangsa penjajah dan memandang hina bangsa sendiri. Orang Arab beruntung kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka dan mereka mudah faham. Itupun Nabi SAW perlu berdakwah selama 23 tahun, tetapi kita di sini keadaannya berbeza sekali.

Faktor Umat Islam Sendiri-Umat Islam di Malaysia boleh digolongkan kepada dua golongan. Mereka yang lahir sebelum merdeka dan yang selepas merdeka. Untuk mereka yang lahir sebelum merdeka kefahaman mereka tentang Islam adalah kurang kerana pada masa itu tiada sistem pendidikan agama yang sempurna dan meluas. Bagaimanapun untuk mereka yang lahir selepas merdeka, mereka mendapat pendidikan Islam melalui sekolah-sekolah kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1965.

Berdasarkan faktor inilah kita dapati mereka yang berumur dalam lingkungan 40 tahun, lebih mantap kefahaman Islam mereka. Lebih ke bawah lebih mantap lagi kerana bermula dari tahun 1965, sillabus ilmu agama itu sentiasa diperlengkapkan dan dipertinggikan. Sebagai contoh, lebih ramai yang hafiz Al-Quran di kalangan anak-anak muda berbanding dengan mereka yang sudah berumur. Sekarang adalah masa transisi di mana terdapat dua golongan iaitu:
  • Golongan tua
  • Golongan muda
yang boleh dikatakan sama banyak. Kerajaan terpaksa mengambil jalan tengah supaya kedua golongan Muslim tidak berpecah-pecah dan bersengketa. Dalam sejarah Islam sendiri, telah terbukti wujudnya perbezaan pendapat antara golongan tua dan yang muda(salaf dan khalaf), dan masih berterusan hingga ke hari ini. Orang PAS tidak sedar atau peduli perkara ini kerana niat mereka adalah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Faktor Dalaman Negara- Apa yang nyata umat Islam dinegara kita hampir 50% sahaja. Oleh itu usaha untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam itu lebih penting bukannya terus membuat perundangan dan siasah Islam secar terburu-buru. Kerajaan dan UMNO telah menubuhkan IKIM iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia, dengan tujuan untuk memberi kefahaman Islam kepada yang bukan Islam. Kita mahukan negara Islam dan kita mahukan keamanan dan kesejahteraan. Islam itu sendiri adalah kesejahteraan dan ia juga adalah kebijaksanaan bukan untuk membuat sesuatu secara membuta-tuli.

Faktor Luaran Negara- Faktor inilah yang lebih menyulitkan kerana dimasa kini terdapat tentangan dari negara barat terhadap perlaksanaan hukum Islam, sebagai contoh ada cubaan dari barat untuk memperkecil-kecilkan perlaksanaan hukum Islam di Arab Saudi. Satu lagi contoh propaganda yang dibuat oleh negara barat apabila Afganistan cuba menjalankan hukum Islam. Mereka diugut dengan bermacam cara sehingga dikenakan berbagai sekatan termasuk sekatan perdagangan. Satu contoh lagi ialah di Algeria apabila golongan Islam berjaya dalam pilihanraya, ada pihak lain yang sekular telah mengenepikan kemenangan tersebut secara tidak demokrasi tetapi nampaknya direstui oleh barat. Akibatnya berlaku pertelingkahan, lebih puluhan tahun dan beribu-ribu jiwa telah terkorban akibatnya.

Oleh itu, UMNO terpaksa mengambil iktibar dan mesti berhati-hati disamping mempersiapkan diri untuk menghadapi segala macam ancaman dari barat dan musuh-musuh Islam sebelum sebarang langkah diambil untuk melaksanakan hukum Islam di Malaysia.

Secara realiti, terkecuali di Arab Saudi, semua negara-negara Islam di dunia ini masih tidak menjalankan hukum Islam secara 100% . Namun apa yang nyata di Malaysia, meskipun umat Islam kurang dari 50% pembangunan umat dan agama Islam lebih baik dan lebih sempurna jika dibandingkan dengan negara Islam yang lainnya yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Jelaslah berdasarkan faktor yang ada UMNO tidak sekali-kali melanggar perintah Allah tetapi sebaliknya telah berusaha menjalankannya secara yang paling baik dan efektif tanpa mahu menganggu-gugat penganut agama lain di samping mengekalkan keamanan, kebijaksanaan, dan kestabilan negara.


Isnin, 25 April 2011

JASA UMNO KEPADA ISLAM

UMNO telah banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia. Sejak sebelum merdeka lagi UMNO telah memperjuangkan untuk mendapatkan sebuah negara Islam dan berjaya mendapatkannya:

1. Hak ketuanan Melayu adalah juga hak ketuanan IslamI dalam perlembagaan Malaysia stiap orang Melayu mestilah beragama Islam dan berketurunan bangsa Melayu. Sekiranya mereka tidak beragama Islam maka mereka bukanlah orang Melayu. Oleh itu hak istimewa orang Melayu adalah hak istimewa orang Islam).

2. Islam sebagai agama rasmi. Negara kita diiktiraf sebagai negara Islam dan menjadi anggota OIC "Organisation of Islamic Countries". (PAS dan pengikutnya harus sedar bahawa definasi negara Islam yang mereka laungkan adalah semata-mata mimpi. Mereka lupa bahawa majoriti penduduk negara ini tidak beragama Islam tidak seperti di Arab Saudi).

Sebaliknya UMNO telah berusaha secara bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan Islam. Sebagai contoh kita lihat peluang mendapatkanpendidikan Islam amat meluas disemua sekolah, apabila ada saja anak murid beragama Islam pasti akan diadakan guru agamanya.

Pendidikan Islam pula mencakupi dari peringkat sekecil-kecilnya iaitu peringkat Tadika sehingga ke peringkat Universiti. Banyak lagi jasa UMNO terhadap Islam di Malaysia, lihatlah Tabung Haji, Bank Islam, Takaful Islam dan bermacam-macam lagi, cuma PAS dan pengikutnya sahaja yang sudah buta hati serta tidak mahu melihat kebaikan yang UMNO buat sebaliknya sengaja mencari keburukan sahaja.

PELAKSANAAN ISLAM OLEH KERAJAAN BN

Pendahuluan :

Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat berbilang kaum merupakan "kontrak sosial" yang istimewa dan unik di mana ia terbina di atas asas kerelaan dan kesediaan memberi dan menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.

Hakikatnya, walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majmuk namun segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan olehkerajaan mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara selain menyediakan peruntukan yang besar untuk kepentingan dan peningkatan syiar Islam.

Asas pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN :

Tradisi dalam Kerajaan BN yang memerintah negara sejak sekian lama telah menetapkan bahawa kepimpinan tertinggi parti dan negara mestilah terdiri daripada orang-orang Melayu. Demikian juga jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kanan, sungguhpun perkara ini tidak terkandung dalam perlembagaan yang bermaksud mana-mana rakyat Malaysia boleh memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Berikut merupakan asas pentadbiran di Malaysia selaras dengan ajaran Islam:

Sistem Perundangan :

Dalam bidang perundangan, berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara Undang-Undang Sivil dan Syariah. Perundangan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat yang boleh diterima pakai oleh semua bangsa dan penganut semua agama di Malaysia.

Malah, ia tidak bertentangan dengan asas-asas agama Islam dan lain-lain agama. Penubuhan Kulliyyah Undang-Undang di UIAM memperlihatkan betapa kerajaan yang ada sekarang begitu serius dalam usaha untuk meningkatkan taraf sistem Perundangan Syariah sejajar dengan Perundangan Sivil.

Sistem ekonomi :

Terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al-Rahn dan sebagainya. Selain itu, skim pembangunan usahawan bumiputera yang berteraskan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik diwujudkan untuk orang Islam di Malaysia.

Malah, Malaysia diiktiraf sebagai penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan Kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Sistem Pendidikan :

Pendidikan kebangsaan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu `ain dan fardhu kifayah. Asas pembentukan sahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah nilai-nilai murni Islam.

Kerajaan yang ada pada hari ini juga telah menubuhkan beberapa institusi - institusi pengajian Islam. Antaranya adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan sebagainya. Malah, mata pelajaran Agama Islam atau Tamadun Islam menjadi subjek teras di semua peringkat pendidikan.

Menyedari bahawa `ilmu' adalah aset terpenting yang berupaya mengubah nasib sesebuah masyarakat, kerajaan telah menubuhkan beberapa institusi serta pusat pengajian tinggi yang memfokuskan kepada pengajian agama Islam.

Langkah kerajaan ini terbukti berupaya memperkasa umat Islam dengan mencintai ilmu pengetahuan sekali gus menyedarkan masyarakat supaya bergerak maju ke hadapan.

Berikut Merupakan Statistik Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 1997, 1998, 1999 Dan 2003.

Jenis Sekolah -- 1997 -- 1998 -- 1999 -- 2003
SMK Agama -- 27, 658 -- 29,898 -- 31,388 -- 36,998

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual di atas menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun ke tahun. Kadar itu jelas menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkembangan institusi pengajian Islam di negara ini.

Aspek Sosial :

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat. Disamping itu, kerajaan juga sentiasa mengambil berat dalam memastikan makanan dan barang keperluan umat Islam di negara ini sentiasa halal dan suci.

Satu aspek yang perlu diberi perhatian, kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam di negara ini melalui pengenalan pelbagai bentuk dasar dan program yang sekaligus bermatlamat untuk meningkatkan maruah dan kedudukan umat Islam.

Institusi pentadbiran Islam :

Kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Mufti, Tabung Haji dan banyak lagi.

Kesemua institusi ini mendapat perhatian yang serius dari kerajaan dari aspek penyaluran peruntukan kewangan mahupun memastikan institusi-institusi ini ditadbir dengan baik untuk memastikan pencapaian objektif penubuhannya.

Ciri-ciri negara Islam di bawah kerajaan BN :

Ramai di kalangan ulama muktabar dunia telah mengakui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara serta umatnya.

Al-Mawardi juga menghuraikan secara terperinci tugas tugas yang perlu dilakukan oleh pemerintah Islam :

a. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak oleh ulama yang berdasarkan Quran dan Sunnah.

b. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintah. Menurut Al-Mawardi, "harus melantik orang kafir yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiiz).

c. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

d. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

e. Mendirikan sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Hari Raya dengan membina masjid-masjid dan melantik imam- imam.

f. Mengendalikan urusan ibadat mengerjakan Haji.

g. Mengendalikan urusan pungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya.

h. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

i. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah.

j. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

k. Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumnya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan sebagainya) atau taazir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukumnya).'

l. Melaksanakan tugas hisbab yang dalam konteks negara moden dikenali dengan sebahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

Dalam konteks Malaysia, keseluruhan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sebuah negara Islam telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kecuali beberapa perkara yang digariskan oleh Al-Mawardi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan namun proses memperbaiki dan menyempurnakannya telah dilaksanakan secara
berterusan.

Memartabatkan Hukum Syarak.

Kerajaan sudah mengambil langkah untuk menyeragamkan undang-
undang Islam dan meningkatkan imej Mahkamah Syariah sejak 1972
apabila Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menubuhkan satu
jawatankuasa bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan kadi di
seluruh negara.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Syed
Nasir Ismail itu mengemukakan laporan perakuannya kepada Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada 1981.

Selanjutnya, sebuah jawatankuasa peringkat pegawai yang
dipengerusikan oleh Dr. Zakaria Yatim dari Jabatan Peguam Negara pula
ditubuhkan untuk meneliti laporan berkenaan.

Beberapa perakuan baru, termasuk cadangan mengadakan undang-
undang di Mahkamah Syariah dilakukan pada masa itu.

Bagi meneruskan tugas mengadakan deraf undang-undang dan
penyeragaman di seluruh negara, maka ditubuhkan satu Jawatankuasa
Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil yang pada permulaannya
dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Mohamad Ibrahim.

Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya mengadakan dan
mengemaskini beberapa deraf undang-undang iaitu Undang-Undang Zakat
dan Fitrah, Undang-Undang Wakaf, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-
Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal, Kanun
Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah serta Undang-Undang
Pentadbiran Perundangan Islam.

Deraf undang-undang ini pada asalnya dibuat untuk
dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan dicadangkan supaya diterima
oleh semua negeri bagi melaksanakan pentadbiran keadilan di Mahkamah
Syariah negeri.

Kesungguhan Kerajaan Pusat untuk menyeragamkan undang-undang
Islam terbukti dengan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang
Syarak dan Sivil pada tahun 2000.

Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Keluarga Islam,
Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal,
Kanun Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah dan Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam.

Bagi melicinkan pentadbiran di Mahkamah Syariah, Jawatankuasa
Teknikal Undang-Undang Syariah peringkat negeri pula menggubal
beberapa kaedah dan peraturan seperti Kaedah Peguam Syarie, Kaedah
Kes dan Fail, Kaedah Sebatan serta Kaedah Sulh (mediasi).

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula mengambil
langkah dengan menyediakan satu pelan tindakan antaranya
menyeragamkan kod kes dan fail berdasarkan kaedah sedia ada serta
mengeluarkan `Arahan Amalan' dari semasa ke semasa merangkumi
pelbagai prosedur kehakiman.

Dalam pada itu JKSM juga menubuhkan Jawatankuasa Kaedah-
Kaedah Mahkamah Syariah yang bertujuan untuk mengkaji beberapa
prosedur dan kaedah sedia ada untuk diseragamkan, seterusnya
menyediakan kaedah dan peraturan baru yang patut diadakan dalam usaha
penyeragaman.

Oleh yang demikian, berdasarkan kaedah yang ada, tidak timbul
sebarang persoalan bahawa kerajaan tidak berusaha untuk memartabatkan
sistem perundangan Islam.

Apa yang penting, keutamaan diberikan untuk membaiki segala
kelemahan dalam sistem itu berasaskan konsep `tadrij' atau
berperingkat.

Pelaksanaan undang-undang Islam secara `tadrij' adalah bukti
kerajaan mahu memperlihatkan kesempurnaan dan kecantikan Islam dalam
pentadbirannya. Ini dengan mengambil kira kedudukan dan perkembangan
semasa umat Islam dalam menjalankan sebarang pembaharuan serta
pindaan terhadap institusi perundangan Islam.

Kesimpulan :

Kerajaan BN sentiasa berusaha ke arah pembentukan undang-
undang Islam. Selepas merdeka sehingga ke hari ini undang-undang
Malaysia dipinda dan digubal ke arah pembentukan hukum Islam yang
lebih sempurna dari masa ke masa. Sebagai contoh, undang-undang yang
terkandung dalam mahkamah syariah kini sudah diguna pakai oleh semua
negeri diMalaysia.

Di samping itu, kerajaan juga begitu serius dalam memastikan
penyediaan infrastruktur dan sumber manusia yang berkemahiran demi
memastikan pentadbiran dan pelaksanaan Undang-Undang Islam di negara
ini menepati kehendak Islam yang sebenar.

Pelaksanaan Islam di Malaysia telah dilakukan secara
menyeluruh dan mencakupi pelbagai bidang. Sememangnya kerajaan telah
berusaha bersungguh-sungguh menerapkan nilai-nilai dan peradaban
Islam di negara ini. Dan usaha kerajaan ini telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa sehingga Malaysia mendapat jolokan `Negara
Islam Contoh' terutama daripada negara-negara Islam termasuk dari
Timur Tengah.

Maka tidak hairanlah jika Malaysia di bawah pimpinan pemimpin UMNO diberi kepercayaan untuk mengetuai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) suatu ketika dahulu.

MENOLAK UMNO BERERTI MENOLAK ISLAM




Surah Al-Hujuraat ayat 9:

Bermaksud:

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah atara keduanya dengan adil dan berlaku adilah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adi.

Secara ringkas pengajaran dari ayat di atas boleh dibahagikan secara berikut:

~ Damaikan golongan orang mukmin sekiranya mereka bertelagah.
~ Golongan yang berbuat aniaya iaitu golongan yang melanggar perintah Allah perlu diperangi sehingga mereka kembali ke jalan Allah.
~ Setelah mereka kembali, maka perdamaikan kedua golongan itu semula.

Dalam menghayati ayat di atas sudah tentu kita akan sedar bahawa Islam(Melayu) sudah terbahagi kepada dua kumpulan atau golongan iaitu UMNO dan PAS. Walaupun pada saat dan ketika ini belum terjadi peperangan namun kita sebagai mukmin sejati harus berusaha untuk mendamaikan kedua golongan agar perpecahan ini tidak memuncak sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam. Pada masa yang sama perlulah kita menentukan siapakah yang berbuat aniaya.

SIAPAKAH BERBUAT ANIAYA?]
Iaitu Tidak Menjalankan Perintah Allah

Tuduhan PAS bahawa UMNO menolak dan menentang Islam terutama dalam isu hukum perundangan dan siasah Islam adalah palsu, semata-mata dengan niat yang jahat untuk menjatuhkan UMNO sebagai Parti Politik Utama, orang-orang Islam. Perbuatan PAS ini adalah perbuatan zalim dan amat dilarang di dalam Islam dan boleh dikenakan hukuman yang sangat berat.

UMNO sebagai parti siasah Bangsa Melayu perlu akur kepada kehendak ahli-ahli dan penyokongnya iaitu Bangsa Melayu. Melalui usaha UMNO jualah orang Melayu lebih memahami Islam yang sebenar, dan sudah terbukti semua orang Melayu inginkan negara Islam dan perundangan Islam. Adalah mustahil bagi UMNO sebagai parti siasah setelah menanam minat Islam kepada pengikutnya , kemudian tidak akur kepada kemahuan mereka.

Selama 54 tahun selepas merdeka, UMNO tidak pernah mengisthiarkan bahawa parti itu menolak Islam termasuk hukum perundangan Islam dan siasah Islam. Tetapi apa yang jelas semua bentuk pentadbiran dan peraturan kerajaan adalah berdasarkan prinsip Islam. Nilai Islam telah banyak diserapkan ke dalam sistem pemerentahan dan pengurusan kerajaan. Banyak kemajuan telah dibuat di dalam Pendidikan Islam, Ekonomi Islam, Pembangunan Umat Islam, Dakwah Islam dan Perundangan Islam.

Ingatlah kita tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan cuma berdasarkan kepada syak wasangka atau sesuatu tuduhan yang belum ada buktinya. Menurut Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Abu Hurairah r.a berkata: Rasullullah SAW bersabda: Awaslah kamu daripada sangka-sangka , kerana sangka-sangka itu sedusta-dusta berita. (Bukhari, Muslim)

Sebaliknya sebagai orang Islam, kita memang digalakan oleh Al Quran untuk selalu berfikir dan perlu bersikap rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya bagi menentukan siapakah yang berlaku aniaya, kita perlu melihat perkara-perkara berikut:

~ Jasa UMNO kepada Islam
~ Kewajiban menjalankan agama menurut kadar kemampuan manusia
~ Kebebasan beragama
~ Hak orang kafir

Bersambung...

Rabu, 20 April 2011

MENCARI KEBENARAN


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 81:

Maksudnya:

Dan katakanlah : "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap" Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Ketahuilah wahai saudaraku ahli-ahli PEKEMBAR(UMNO), janji Allah SWT itu benar, yang hak itu telah datang dan yang batil itu telah lenyap. Apa yang UMNO perjuangkan itu lebih benar dari apa yang dilaungkan oleh PAS. PAS mengatakan bahawa mereka parti Islam namun semua tindak-tanduk parti dan pemimpin PAS adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Mereka cuma menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka dan mereka inilah yang mencemarkan Islam, bukannya UMNO. Ingatlah! Belum pun mereka dilantik, mereka sudah membohongi kita semua. Mereka mengaku diri sebagai ulama. Bayangkanlah apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka berkuasa nanti?

Saya mengaku memang terdapat kepincangan dalam UMNO. Namun pemimpin dan ahli UMNO adalah manusia biasa tidak sunyi dari kesilapan. Cuma Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna. Janganlah yang pincang sahaja yang kita nampak tetapi jasa serta kejujuran pemimpin UMNO lansung tidak kita hargai. Buanglah sifat iri hati dan sifat mengutamakan diri sendiri.




Insya' Allah akan timbullah kebenaran itu. Namun yang penting ialah menerangkan kebenaran kepada mereka yang telah tertipu dengan jalan pintas ke syurga dan dipesongkan oleh parti PAS agar orang Melayu iaitu orang Islam bersatu semula.

Dalam Surah Ali Imran ayat 103 Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Wahai saudaraku marilah kita bersatu padu dengan berpegang pada tali Allah iaitu agama islam. Marilah kita pertahankan hak ketuanan Melayu/Islam. Marilah kita mempertahankan kemerdekaan negara dari sebarang cubaan negara asing yang ingin menjajah. Marilah kita pastikan masa depan yang ceria buat diri kita dan anak cucu kita.

Pastikan agar diri kita tidak diperalatkan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan mereka. Pastikan kita tidak lagi diperbodohkan dan dipertakutkan. Pastikan kita berpegang kepada tali Allah iaitu agama Islam. Insya' Allah, Allah akan melepaskan kita dari belenggu penjajahan serta penderitaan di dunia dan siksa neraka di akhirat, dan dikurniakan olehNya nikmat yang banyak.

Jumaat, 8 April 2011

PERSELISIHAN PENDAPAT



Keretakan di dalam perpaduan bangsa Melayu berpunca dari perselisihan pendapat sesama sendiri, terutama dalam perkara keagamaan dan Allah SWT berfirman dalam surah An Nisaa' ayat 59:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Secara mudah pengajaran ayat di atas bolehlah disimpulkan kepada tiga perkara pokok:

1. Taat kepada Allah SWT dan Rasulnya iaitu kerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

2. Taat kepada Ulil Amri selagi perintah mereka tidak menyalahi syariat SWT dan Rasulnya. Ulil Amri terbahagi kepada dua iaitu pemerentah negara dan pemimpin agama atau biasanya ulama. Para pemerintah senang kita kenali, namun ulama agak sukar kita kenali kerana kebelakangan ini ramai sekali mengaku sebagai ulama. Pada takrifnya ulama adalah orang berilmu dan beramal dengan ilmunya.

3. Apabila berlaku suatu perselisihan pendapat, maka Allah SWT memerintahkan kita untuk merujuk kepada kitab Allah SWT (Al Quran) dan sunah Nabi SAW(hadith). Sekiranya kita berpegang kepada kedua-duanya nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Oleh itu jelaslah dari ayat tersebut, bahawasanya kita wajib taat kepada Allah SWT dan Rasulnya. Disamping itu kita juga wajib taat kepada pemerentah negara dan ulama(pemimpin agama). Namun kita harus berhati-hati kerana menurut hadith Rasullullah SAW, di akhir zaman ulama mungkin sudah tidak ada atau memang amat berkurangan dan yang ramai ada, cuma orang-orang b_d_h yang mengaku dirinya sebagai ulama.

Dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, bermacam-macam isu yang timbul, tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah isu-isu agama, yang banyak dimainkan oleh parti PAS. Mereka membuat berbagai tuduhan terhadap UMNO serta kepimpinannya. Mereka menuduh UMNO dan pemimpinnya menghina dan tidak menjalankan pemerentahan secara Islam namum buktinya lansung tidak ada.

Pihak UMNO yang banyak berkempen dengan isu-isu pembangunan nampaknya kurang berjaya menangkis hujah-hujah dari parti PAS. Akibatnya ramai penyokong UMNO menjadi ragu-ragu kerana pemuka-pemuka parti PAS adalah terdiri dari golongan yang mengaku diri mereka sebagai ustaz dan ulama. Dengan isu-isu agama ini juga PAS berjaya meraih simpati serta sokongan dari kalangan orang surau dan masjid. Memandangkan isu-isu yang timbul ialah berkenaan Islam, maka sesuailah kiranya kita merujuk kepada Al Quran dan hadith bagi menyelesaikan masalah perselisihan pendapat ini dan bagi menentukan siapakah yang berada di pihak yang benar.

Bersambung...

Khamis, 7 April 2011

SIAPAKAH YANG SESAT?


Untuk Renungan Kita Bersama

Terjemahan Hadith

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Alah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah tiada, umat manusia mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang b_d_h. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)

Parti PAS mengaku bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama "sudah habis" diwafatkan. Menurut hadith, "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua. Menurut hadith di atas, Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang b_d_h? Menurut hadith di atas, Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasullullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato' Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam?. Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut?.

Persoalan seterus ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak jadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Allahyarham Fadzil Noor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar jadi ulama. Mereka semua ini mengaji kat mana?. Berapa juzuk Al Quran yang mereka hafal? Jangan-jangan mereka ini memang orang b_d_h yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! sesuatu yang disampaikan oleh Rasullullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan percaya teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith di atas.

Bersambung...